Latest News
PTMP Map
PSI
 

Komponen Jalan Utama & Laluan Ke-3

Komponen Jalan Utama & Laluan Ke-3

Komponen Jalan Utama dan Laluan Ke-3 (PMRT), yang kini dilaksanakan oleh Consortium Zenith Construction Sdn Bhd adalah pelan strategik jangka masa panjang untuk meleraikan kesesakan lalu lintas dan menghadapi peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Komponen Jalan Utama dan Laluan Ketiga terdiri daripada tiga jalan utama bebas tol:

  • Pakej 1 – Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang
  • Pakej 2 – Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE)
  • Pakej 3 – Jalan Pintasan Persiaran Gurney – Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu

Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu adalah komponen pertama yang dilancarkan di bawah PTMP. Majlis pecah tanah bagi komponen ini telah diadakan pada 2 November 2019.

Komponen tiga jalan utama ini akan:

Menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar yang meriah dan sesuai didiami

Membawa kesan pengganda tinggi kepada pelbagai sektor ekonomi

Menarik bakat dan pelaburan yang setaraf dengan bandar raya antarabangsa lain

Meningkatkan tahap produktiviti

Memudahkan perjalanan ke tempat kerja atau tempat beriadah

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (Pakej 1)

Nota: Penjajaran transit adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (Pakej 1) yang bebas tol akan berfungsi sebagai jalan alternatif yang menyambungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang serta meredakan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan yang sedia ada, seperti Jalan Teluk Bahang dan Jalan Batu Ferringhi.

Jalan baru ini akan membolehkan penduduk di kawasan pesisir pantai utara Pulau Pinang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas akibat waktu puncak, kemalangan atau kejadian lain yang menyebabkan penutupan jalan.

Pada masa kini, perjalanan sejauh 11.2km dari Sekolah Kebangsaan Teluk Bahang ke Maybank Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong mengambil masa 21 minit.

Setelah Pakej 1 siap dibina, perjalanan di antara kawasan pelancongan di Teluk Bahang atau Batu Ferringhi dan George Town akan dipendekkan kepada tujuh minit.

Butiran Pakej 1 adalah seperti berikut:

Anggaran Panjang

Jalan atas tanah (at-grade): 6.8km
Jalan Bertingkat: 2.8km
Panjang keseluruhan: 9.6km

 

Persimpangan yang dicadangkan

  1. Jalan Sungai Emas
  2. Persiaran Sungai Emas / Jalan Sungai 1
  3. Chin Farm Signalised Junction
  4. Jalan Teluk Bahang

 

Pusingan U Bawah Tanah

  1. Persiaran Tanjung Bungah
  2. Persiaran Sungai Emas

Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (Pakej 2)

Ayer-Itam-Lebuh-Raya-Tun-Dr-Lim-Chong-Eu-Bypass-Package-2-map

Nota: Penjajaran transit adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Kerja awal bagi Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (Pakej 2) yang bebas tol telah bermula pada tahun 2020, diikuti dengan pembinaan pada Februari 2021.

Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu yang mempunyai empat lorong ini akan berfungsi sebagai jalan alternatif antara kawasan utara dan selatan Pulau Pinang yang membolehkan pengurusan lalu lintas yang lebih cekap serta perkembangan pusat pembangunan sedia ada dan baru yang lebih lestari.

Melalui jalan pintasan ini, masa perjalanan dari Ayer Itam ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) akan dikurangkan dari 40 minit ke 5 minit. Pengguna jalan raya dari Jalan Bukit Gambir yang menggunakan jalan pintasan ini hanya memerlukan 1 minit (950m) untuk sampai ke Lebuh Raya LCE, bukan lagi 3 minit dengan jalan yang sedia ada.

Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu juga akan meredakan kesesakan lalu lintas di rangkaian jalan yang sedia ada melalui tiga persimpangan strategik yang menghubungkannya dengan kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi di sepanjang jajarannya. Butirannya adalah seperti berikut:

Panjang

Jalan atas tanah (at-grade): 1.8km
Jalan Bertingkat: 4.2km
Jumlah: 6km

 

Persimpangan

  1. Lebuh Raya Thean Teik – Jalan Thean Teik
  2. Jalan Bukit Gambir – Jalan Sultan Azlan Shah
  3. Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu

Aktiviti Pembinaan Pakej 2

Jalan Pintasan Persiaran Gurney – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (Pakej 3)

Persiaran-Gurney-Lebuh-Raya-Tun-Dr-Lim-Chong-Eu-Bypass-Package-3-map

Nota: Penjajaran transit adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Pakej 3 yang bebas tol adalah sebuah jalan alternatif baru dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney.

Butirannya adalah seperti di bawah:

Anggaran Panjang

Bahagian terowong: 1.8km
Jalan Bertingkat: 2.15km
Jumlah: 3.95km

 

Persimpangan yang dicadangkan

  1. Persiaran Gurney
  2. Jalan Anson
  3. Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu

Laluan Ketiga adalah komponen fasa ke-empat di bawah PMRT yang akan dibina oleh Consortium Zenith. Ia akan menghubungkan Persiaran Gurney di Pulau Pinang dan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth di Seberang Perai Utara.

Sama ada dalam bentuk terowong dasar laut atau jambatan, panjang Laluan Ketiga ini adalah 6.8km. Laluan Ketiga ini akan meredakan dan menyuraikan aliran lalu lintas serta mengurangkan masalah “bottleneck” (jalan bercantum). Laluan Ketiga ini juga akan mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang yang digunakan oleh ramai pengguna jalan raya dari Seberang Perai Utara dan Tengah.

Dengan ketiadaan perkhidmatan feri yang membawa kenderaan dan perkhidmatan Jambatan Pulau Pinang yang mencapai paras tepu pada waktu puncak, cuti dan semasa berlaku kemalangan, Laluan Ketiga ini adalah amat penting untuk menyelesaikan permintaan trafik yang tinggi pada masa akan datang.

Setelah siap dibina, Laluan Ketiga ini akan menjadi alternatif yang lebih pendek dan menjimatkan masa serta kos perjalanan bagi pengguna jalan raya yang berulang-alik antara George Town dan Seberang Perai Utara.

 

Komponen ini masih dalam peringkat cadangan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat keputusan berhubung dengan pelaksanaan komponen ini selepas mendapat maklum balas bertulis daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd yang merupakan pihak berkepentingan.

penang-third-link-map

Nota: Penjajaran transit adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.