Penang Infrastructure Corporation (PIC) adalah syarikat tujuan khas telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan komponen-komponen Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan projek Penang South Islands dilaksanakan dengan lancar.
Matlamat PTMP adalah untuk mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam dengan melalui satu sistem rel yang disokong oleh perkhidmatan bas perantara. Jalan-jalan utama, lebuh raya dan laluan ketiga (Third Link) yang baru pula akan menyediakan perkhidmatan lalu lintas yang lebih lancar untuk 60% pengguna jalan raya yang lain.
Pembinaan infrastruktur pengangkutan yang menyeluruh untuk seluruh negeri Pulau Pinang memerlukan satu tempoh yang panjang. Keadaan lalu lintas akan bertambah sesak mengikut pertambahan bilangan penduduk dan pertumbuhan ekonomi. Maka, PTMP adalah amat diperlukan di Pulau Pinang untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan memenuhi permintaan pengguna jalan raya untuk sistem pengangkutan awam yang berkesan di masa hadapan.
Pelaksanaan PTMP dijangka akan mengambil masa 30 tahun dan melibatkan kos lebih RM40 bilion. Pembiayaan PTMP bergantung kepada pembangunan projek Penang South Islands (PSI). Oleh itu, PTMP akan dilaksanakan secara berfasa mengikut penghasilan dana menerusi projek penambakan tersebut.
Komponen PTMP yang menjadi keutamaan di bawah Fasa 1 adalah PSI, Lebuh Raya Pan Island Link (PIL), Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (Pakej 2) dan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas.
Bak kata pepatah “Rom tidak dibina dalam sehari”, kita perlu mengambil langkah pertama dalam usaha yang mencabar ini. Pembinaan Pakej 2 sudah bermula pada awal tahun 2021. Kita akan melihat kemajuan dalam pelaksanaan komponen-komponen lain tidak lama lagi.
Dato’ Seri Farizan Darus
Ketua Pegawai Eksekutif
Penang Infrastructure Corporation
The Penang South Islands (PSI) is the state government's strategic transformative development plan that will reconstruct the sleepy southern coast into a Smart City and word-class tourist destination.
Strategically located near the Penang International Airport, the Second Penang Bridge, the Bayan Lepas free industrial zone (FIZ), education institutions Universiti Sains Malaysia, the Collaborative Research in Engineering, Science and Technology Centre (CREST), and the Penang Skills Development Centre (PSDC)...
View MoreSebagai sebuah pelan transformasi pembangunan strategik, Penang South Islands (PSI) akan membawa perubahan kepada selatan Pulau Pinang, dan menjadikan kawasan tersebut sebuah bandar raya pintar dan destinasi pelaburan serta pelancongan bertaraf dunia.
Dengan lokasi strategiknya yang berhampiran dengan Taman Perindustrian Bebas Bayan Lepas yang telah mewujudkan sebuah ekosistem yang mempunyai 300 syarikat multinasional dan 3,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta infrastruktur yang baik; PSI akan menarik pelabur baru dan mengekalkan pelabur sedia ada yang ingin mengembangkan operasi mereka di sebuah lokasi yang mempunyai persekitaran yang sesuai untuk hidup dan bekerja.
Baca LagiGEORGE TOWN: Works on the first project under the state's highly ambitious Penang Transport Master Plan (PTMP) — the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway - Air Itam bypass — have started and achieved eight per cent progress.
The 6km bypass, to be built at a cost of RM851 million, is expected to be completed in 2025.
Read More