Latest News
PTMP Map
PSI
 

Dasar Privasi & Keselamatan

1. Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda memilih untuk melakukan transaksi dengan menggunakan laman web kami atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin dikongsi dengan agensi kerajaan lain sekiranya perlu untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya, dari segi mencari penyelesaian atau menangani aduan yang memerlukan maklum balas dan tindakan agensi kerajaan lain.

 

2. Maklumat yang Dikumpulkan
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 

3. Apa Yang Berlaku Apabila Saya Paut ke Laman Lain?
Laman web ini mengandungi pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web PIC, dan perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza. Anda dinasihati untuk meneliti dan memahami kenyataan privasi laman web yang dilayari.

 

4. Pemindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan mendapat maklumat yang terkini mengenai maklumat yang dikumpul, bagaimana ia digunakan dan dalam keadaan apa ia dikongsikan dengan pihak lain, jika ada.

1. Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk perisian enkripsi (penyulitan data) digunakan untuk melindungi maklumat yang dikemukakan kepada kami, dan pematuhan kepada piawaian keselamatan yang ketat akan terpakai untuk menghindari akses yang tidak dibenarkan.

 

2. Keselamatan Storan

Semua storan dan penghantaran maklumat peribadi secara elektronik adalah selamat dan disimpan dengan penggunaan teknologi keselamatan yang sesuai.

error: Content is protected !!