Latest News
PTMP Map
PSI
 

Soalan Lazim

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP)

1. Apakah itu PTMP?

PTMP adalah strategi jangka panjang Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan di seluruh negeri yang bersepadu untuk kepentingan rakyat.

2. Apakah tujuan PTMP?

PTMP akan:

  • Menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang
  • Meredakan kesesakan lalu lintas pada masa kini dan mencegah kesesakan pada masa hadapan
  • Mengurangkan perlepasan karbon
  • Mengurangkan kos pengangkutan
  • Mengurangkan masa perjalanan
  • Mewujudkan peluang pekerjaan
  • Menyediakan pelbagai mod pengangkutan

 

Tanpa usaha menambahbaik sistem pengangkutan awam yang sedia ada, masalah kesesakan lalulintas akan bertambah buruk apabila bilangan penduduk semakin meningkat. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hidup di Pulau Pinang.

3. Adakah PTMP akan menjejaskan kawasan warisan di George Town?

Tidak, kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengiktiraf kepentingan nilai warisan dunia bandar raya George Town. Bagi memelihara ciri-ciri seni bina, budaya and pemandangan bandar George Town, jajaran Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas and laluan-laluan transit masa hadapan akan mengambil kira sempadan zon warisan teras dan penampan. Jajaran trem di kawasan bandar raya warisan juga akan dibina di atas tanah (at-grade) mengikut garis panduan warisan.

4. Bolehkah kaedah “Request for Proposal” (RFP) yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melantik SRS Consortium dianggapkan sebagai tender terbuka?

Ya, RFP atau permintaan cadangan adalah kaedah tender terbuka yang digunakan oleh institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 

Badan-badan persekutuan seperti Bank Negara dan Malaysia Digital Economy Corporation juga menggunakan kaedah RFP. Pelantikan Halcrow, AJC Planning, dan Cruise Center Singapura untuk melakukan kajian mengenai PTMP pada tahun 2010 juga melalui kaedah RFP.

 

Sebanyak enam syarikat telah mengambil bahagian dalam proses RFP PTMP. Kerajaan Pulau Pinang melantik firma audit dan perundingan KPMG untuk membuat penilaian bebas ke atas enam cadangan yang melibatkan keupayaan teknikal dan model pembiayaan untuk melaksanakan PTMP. Perlantikan SRS Consortium adalah berdasarkan penilaian bebas tersebut.

Lebuh Raya Pan Island Link 2A

1. Apakah tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Island Link 2A (PIL2A)?

PIL2A yang berjarak 3.5km menghubungkan Silicon Island dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Dengan reka bentuknya yang bertingkat, PIL2A membolehkan pengasingan aliran lalu lintas justeru mengurangkan kesesakan di jalan raya sedia ada dan masa perjalanan pengguna jalan raya.

2. Adakah PIL2A sudah diluluskan?

Projek ini masih dalam peringkat memohon kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Fasa 1 pembinaan PIL2A disasarkan bermula pada 2025.

3. Adakah pembinaan PIL2A melibatkan pengambilan tanah milik persendirian?

Perkara ini adalah tertakluk kepada jajaran PIL2A yang diluluskan. Walaupun PIL2A telah direka bentuk untuk mendatangkan kesan yang minimum ke atas masyarakat setempat, terdapat beberapa tanah milik persendirian yang dijangka akan terkesan dalam pelaksanaan jalan raya baharu ini. Tuan tanah yang terkesan akan dihubungi agensi kerajaan yang berkaitan untuk sesi libat urus mengenai urusan pengambilan tanah dan pampasan.

4. Bilakah proses pengambilan tanah akan bermula?

Proses yang akan dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya secara berfasa dijangka bermula pada Jun 2025 untuk Fasa 1. Pengambilan tanah untuk Fasa 2 dijangka bermula pada tahun 2027. Namun hal ini akan bergantung kepada keadaan lalu lintas di Fasa 1 susulan pembangunan di Silicon Island.

5. Apakah bentuk pampasan yang akan diterima oleh pemilik tanah yang terkesan? Berapakah nilai pampasan ini?

Bentuk pampasan tersebut akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri. Nilai pampasan tersebut juga akan ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) selain tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri.

Jalan Utama & Laluan Ketiga

1. Komponen PMRT merupai projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang pernah dibatalkan setelah ditentang oleh rakyat. Mengapakah rakyat Pulau Pinang harus menyokong PMRT sekarang?

PORR dan PMRT adalah berlainan, walaupun mempunyai matlamat yang sama iaitu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

 

Jajaran Pakej 1 dan Pakej 2 merupai jajaran PORR tetapi Pakej 3 adalah jajaran baru yang akan dihubungkan dengan Laluan Ketiga yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Butterworth.

 

Pakej 3 akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama, persimpangan kritikal dan jalan-jalan yang bersambungan, serta menyediakan aliran lalu lintas yang tidak terganggu di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai Utara.

 

Rakyat Pulau Pinang harus menyokong PMRT kerana:

 

  • Komponen-komponennya adalah sebahagian daripada PTMP yang sangat penting bagi pembangunan ekonomi Pulau Pinang untuk jangka panjang.
  • Komponen-komponen ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya yang telah mencapai paras ketepuan (Tahap Perkhidmatan F) pada waktu puncak, hujan lebat, kemalangan jalan raya dan musim perayaan.
  • Pakej 1, 2 dan 3 adalah bebas tol, bukan seperti PORR
  • Laluan Ketiga akan mewujudkan pusat ekonomi baru di Seberang Perai Utara.
2. Bilakah projek PMRT akan dimulakan?

Pembinaan Pakej 2 (Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu) telah bermula pada bulan Februari 2021. Perlaksanaan Pakej 1, Pakej 3 dan Laluan Ketiga akan diputuskan kemudian oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

3. Bolehkah kaedah “Request for proposal” (RFP) yang digunakan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk melantik Consortium Zenith dianggap sebagai buka tender?

Ya, pelantikan Consortium Zenith sebagai kontraktor untuk melaksanakan komponen PMRT dalam PTMP adalah melalui tender terbuka. Proses tersebut telah melalui tiga peringkat iaitu proses pra-kelayakan, RFP dan penganugerahan tender.

 

Kerajaan Negeri menerima 11 cadangan dalam proses pra-kelayakan. Semua syarikat yang mengambil bahagian telah melalui proses saringan awal, teknikal dan kewangan. Lapan syarikat yang melepasi proses ini telah dijemput untuk mengemukakan cadangan mereka, namun hanya lima syarikat menghantar cadangan mereka. Syarikat-syarikat ini adalah Consortium Zenith, IJM-CRGL JV, WCT Berhad-Daewoo JV, ECK Construction Sdn Bhd dan VST Cemerlang Sdn Bhd – China State Co JV.

 

Selepas penilaian kewangan dan teknikal, Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Teknikal Negeri telah mengesyorkan Consortium Zenith kepada Lembaga Tender Negeri berdasarkan kepakaran teknikal, kemampuan kewangan serta kos terendah yang dicadangkan.

 

Seterusnya, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat niat kepada Consortium Zenith sebelum kedua-dua pihak menandatangan perjanjian awal pada bulan Oktober 2013. Perjanjian induk bersama Consortium Zenith pula ditandatangani pada bulan Ogos 2019.

Penang South Islands

1. Apakah itu Penang South Islands (PSI)?

PSI adalah projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambak tiga buah pulau di selatan Pulau Pinang yang bertujuan menjamin pembangunan negeri bagi jangka masa yang panjang.

2. Projek penambakan akan mendatangkan kesan terhadap alam sekitar. Bagaimanakah kesan-kesan ini ditangani?

Antara langkah-langkah kawalan alam sekitar yang akan dilaksanakan adalah:

• pemasangan tirai kelodak untuk menghalang serakan sedimen dan mencegah pencemaran laut semasa pembinaan;
• pembinaan benteng atau ban penahan di sekeliling tapak penambakan yang berfungsi sebagai daik untuk membendung air, menstabilkan tanah dan mencegah pencemaran di kawasan sekitar tapak semasa proses pengisian pasir;
• penggunaan peralatan pemantauan kekeruhan untuk memantau tahap kekeruhan air secara langsung (real-time) dan berterusan semasa proses penambakan untuk membolehkan tindakan pemulihan diambil dengan segera sekiranya tahap kekeruhan melebihi had yang dibenarkan

 

Program pengimbangan ekologi untuk meminimakan kesan alam sekitar dan mewujudkan habitat baru untuk hidupan laut juga akan dilaksanakan. Antaranya adalah:

• pelabuhan tukun tiruan dan unjam;
• penanaman pokok bakau
• pelepasan benih ikan dan udang
• pembiayaan kajian berkaitan dengan ekosistem laut
• pembinaan garis pantai (shoreline) yang berciri-ciri mesra alam untuk menggalakkan kepelbagaian biodiversiti, pertumbuhan habitat mikro, dan eko-pelancongan

3. Adakah projek penambakan bercanggah dengan agenda perubahan iklim?

Penambakan laut diiktiraf oleh Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Iklim (IPCC) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu teknologi berkesan yang boleh memberi perlindungan terhadap kenaikan paras air laut. (Laporan Khas IPCC tentang Lautan dan Krosfera dalam Perubahan Iklim, 2019)

 

Penambakan laut dilaksanakan oleh banyak negara maju seperti Singapura dan Denmark untuk menjamin pembangunan yang lestari dan menghadapi perubahan iklim.

 

Untuk menyokong agenda perubahan iklim, reka bentuk dan perancangan bandar PSI telah mengambil kira garis panduan IPCC, Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) dan cadangan pakar kejuruteraan Belanda, Royal HaskoningDHV.

 

Perimeter pulau PSI akan mempunyai platform dengan ketinggian minimum sebanyak 3m di atas paras laut untuk melindungi pulau tersebut daripada kenaikan paras air laut, dan fenomena pertembungan air pasang besar dan pusuan ribut (storm surge). Kawasan penampan pesisiran pantai (coastal buffer) PSI juga akan direka bentuk untuk membolehkan pelaksanaan langkah-langkah mitigasi tambahan yang sesuai secara progresif untuk menangani perubahan iklim pada masa depan.

 

Dasar pembangunan PSI yang hijau juga akan mensasarkan pengurangan karbon sebanyak 50% menjelang 2030 dan kehidupan yang mesra alam melalui pelbagai inisiatif termasuk:

• Penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Green Tech Park
• Pengurangan pengeluaran karbon sebanyak 40% melalui perancangan bandar yang lestari, perkongsian kemudahan, reka bentuk responsif iklim dan ciri-ciri hijau lain
• Peruntukan 20% tanah untuk taman, terusan air, ruang awam yang hijau untuk menurunkan suhu persekitaran
• Pengurangan pengeluaran karbon sebanyak 80% melalui pengunaan pengangkutan hijau seperti bas dan trem elektrik serta basikal
• Penggunaan loji rawatan air untuk mengitar semula air, sistem penuaian air hujan dan alat penjimatan air bagi mengurangkan permintaan air mentah

4. Adakah projek penambakan PSI akan menjejaskan sektor perikanan dan keselamatan makanan negeri Pulau Pinang?

Nelayan selatan Pulau Pinang yang beroperasi berhampiran tapak PSI hanya menyumbangkan 1.5% daripada jumlah pengeluaran ikan negeri.

 

Berdasarkan data Jabatan Perikanan, penambakan laut yang telah dilaksanakan sebelum ini tidak menyebabkan pendaratan ikan merosot. Apabila projek penambakan Sri Tanjung Pinang 2 bermula pada tahun 2016, pendaratan ikan marin telah meningkat sebanyak 14.5%. Pendaratan ikan terus meningkat selama tiga tahun sejak itu berbanding tiga tahun sebelum penambakan bermula.

 

Walaupun begitu, projek PSI akan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang akan menyumbang kepada kelestarian sektor perikanan Pulau Pinang melalui program pengimbangan ekologi yang telah disebut dalam Jawapan No. 2.

5. Adakah projek PSI akan menjejaskan nelayan?

Nelayan masih boleh ke laut semasa dan selepas proses penambakan kerana kerja pembinaan tidak akan menghalang pergerakan bot mereka. Satu alur navigasi seluas 250m akan disediakan untuk membolehkan mereka ke laut 24 jam sehari tanpa mengira air pasang atau surut.

 

Kawasan penangkapan ikan bagi nelayan pesisir pantai Zon A adalah dalam lingkungan 8 NM (14.8 km) dari pesisir pantai. Maka, kawasan penangkapan ikan yang sedia ada adalah jauh lebih luas daripada tapak PSI.

 

Melalui projek PSI, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berhasrat meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti nelayan. Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk sagu hati, bantuan bot dan enjin baru, jeti nelayan baru, kemudahan perikanan komersial, peluang pekerjaan dan perniagaan, skim latihan, biasiswa dan tuisyen percuma untuk anak nelayan.

6. Adakah PSI menyebabkan Pulau Pinang kehilangan tempat pendaratan penyu yang penting?

Kawasan pesisir pantai selatan Pulau Pinang bukan tempat pendaratan penyu yang popular kerana bagi tempoh 14 tahun dari 2001 hingga 2014, kawasan pantai Gertak Sanggul, Pantai Belanda, Pantai Medan, Teluk Kumbar dan Teluk Tempoyak hanya mencatatkan sembilan pendaratan penyu.

 

Manakala, bagi tempoh yang sama, sebanyak 721 pendaratan penyu telah direkodkan di kawasan pesisir pantai utara Pulau Pinang. Kawasan yang mencatatkan pendaratan penyu yang terbanyak adalah Pantai Kerachut (464) dan Teluk Kampi (208).

7. Adakah penambakan PSI akan mengancam 87 spesies laut?

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, semua spesies laut di kawasan tersebut adalah spesies yang biasa ditemui dalam perairan pesisir pantai seluruh Malaysia.

8. Adakah aktiviti pengambilan pasir akan menjejaskan nelayan?

Tapak pengambilan pasir untuk penambakan PSI terletak di perairan persekutuan Perak dan Selangor. Tapak yang paling dekat dengan mana-mana pesisir pantai adalah berjarak 20 batu nautika (lebih kurang 37km). Jarak ini adalah jauh dari kawasan penangkapan ikan nelayan pesisir pantai. Selain itu, pasir hanya akan diambil dari tapak yang berkelulusan Laporan EIA untuk memastikan aktiviti pengambilan pasir tidak mendatangkan impak yang ketara.

9. Memandangkan PSI adalah penting untuk pembangunan perindustrian, mengapa Kerajaan Negeri tidak membangunkan tanah perindustrian di Seberang Perai?

Seberang Perai kini kekurangan tanah perindustrian walaupun mempunyai sembilan taman perindustrian di Mak Mandin, Perai, Seberang Jaya, Bukit Tengah, Bukit Minyak, Penang Science Park, Penang Science Park Utara, dan Taman Perindustrian Batu Kawan 1 dan 2.

 

Sehingga Jun 2021, Taman Perindustrian Batu Kawan hanya mempunyai 80 hektar tanah yang masih belum dibangunkan, tetapi setiap plot adalah kurang daripada 4 hektar.
Keputusan untuk mengembangkan FIZ Bayan Lepas di PSI di sebelah pulau juga kerana pelabur antarabangsa lebih berminat melabur di lokasi yang sudah mempunyai ekosistem yang kukuh dan infrastruktur yang sesuai untuk sektor elektrikal dan elektronik (E & E).

Penang Transport Master Plan

1. What is the Penang Transport Master Plan?

PTMP is the Penang State Government’s long-term strategy to develop an integrated state-wide transport infrastructure for the benefits of the people.

2. PTMP will

  • Upgrade public transport system in Penang
  • Relieve present and prevent future traffic congestion
  • Reduce carbon emission
  • Lower travel expense
  • Reduce journey time
  • Create job opportunities
  • Provide various modes of transport

 

Without improvements to the current public transport infrastructure, road congestion will continue to deteriorate as Penang’s population increases. This will impact travel time and the overall quality of life in Penang.

3. Will the heritage sites in Penang be affected by the construction of the PTMP?

No, it will not. The Penang State Government recognises and values the importance of World Heritage Sites. To ensure the conservation of the architecture, culture and cityscape of the buildings in the George Town World Heritage Site, the proposed Bayan Lepas Rail Line and future transit lines will be aligned accordingly around the perimeter of the heritage site and buffer zone. In compliance with the heritage guidelines, the tram line within the World Heritage Site will be at-grade (on ground).

4. Can the “Request for Proposal” (RFP) method used by Penang State Government to appoint SRS Consortium be considered an open tender?

Yes, RFP is an open tender procurement method used by international institutions such as the United Nations, the World Bank, the Asian Development Bank, and the World Health Organization.

 

Federal agencies such as Bank Negara and Malaysia Digital Economy Corporation also use RFP. The appointment of Halcrow, AJC Planning, and Singapore’s Cruise Centre to conduct the initial study on the PTMP in 2010 was also tendered through RFP.

 

There were six companies submitted their proposal in the PTMP RFP. Penang State Government appointed audit and consultancy firm KPMG as the independent checker to evaluate the six proposals for technical capacity and financing model. SRS Consortium was appointed based on the independent evaluation.

Bayan Lepas Rail Line

1. Why was the elevated urban rail system chosen over other modes of transport such as tram and bus rapid transit (BRT) that move on-ground?

An elevated rail system does not disrupt road traffic as compared to on-ground trams and BRT, which take up road space. Unlike on-ground tram and BRT, the rail has no risk of colliding with people, vehicles and buildings. Tram and BRT can be affected by congestion caused by accident along the road, but the elevated rail system bypasses the traffic jam on the road.

 

Road widenings for dedicated tram, BRT lanes and stations also require a lot of land acquisition, which will lead to high social impact to the public. The cost for land acquisition is minimal for elevated rail system. As land is scarce on the island, an elevated rail line will be the most practical and cost-effective solution.

2. Will there be any Park & Ride stations along the rail route?

There are eight stations currently in planning to be equipped with Park & Ride facilities.

3. How can I share feedback or concerns about the construction activities and/or workers?

Any complaint can be channelled through the PTMP hotline, the official project website or by walking into the project office. The hotline and official website details will be announced once the project has started.

Pan Island Link 1

1. What are the benefits of PIL 1 to the public?

Penang is now served by only one spine road – the Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE). PIL 1 is meant to serve as a second spine road and a new bypass functioning as a traffic dispersal system with six strategic interchanges connecting Gurney Expressway, Jalan Paya Terubong, Jalan Tun Dr Awang, LCE, Penang Bridge and Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge. In summary, PIL 1 is meant to be an alternative to the LCE. PIL 1 will ultimately disperse traffic from the LCE, allowing for better traffic flow for both private and public transports.

2. What is the solution taken to preserve historical such as Bukit Bendera and Kek Lok Si Temple?

In line with the Penang Hill Special Area Plan (SAP) and to preserve the beauty and serenity of the hill, PIL 1 will consist of tunnels within the SAP’s boundary. As for Kek Lok Si, PIL 1’s alignment is located about 500m away from the temple, a more than safe distance for the highway’s construction.

3. What kind of safety measures will be in place for nearby residential areas?

Both the Environmental Department and Mineral and Geosciences Department have set guidelines for allowable vibration due to controlled blasting works in sensitive areas. The blast design will be developed in line with the allowable limits. Trial blasts will be done before actual work begins to ensure full compliance with the relevant guidelines.

Penang Major Roads & Third Link

1. The PMRT road components are seen as a revival of the scrapped Penang Outer Ring Road (PORR) project, which was previously opposed by the people. Why should Penangites support PMRT now?

The Penang Outer Ring Road (PORR) and the PMRT are not exactly the same, although they share similar goals to alleviate traffic congestion.

 

Package 1 and Package 2’s alignments are similar to PORR’s but Package 3 is a new alignment that will connect to the proposed Third Link, which links Persiaran Gurney and Butterworth’s Bagan Ajam.

 

Package 3 will solve traffic congestion on several major roads, critical junctions and adjoining roads; and provide uninterrupted traffic flow between Penang Island and North Seberang Perai.

 

Penangites should support PMRT because:

 

  • the components are part of the PTMP, which is crucial in sustaining Penang’s economic development
  • the components will alleviate traffic congestion on existing roads that have reached saturated traffic flow (Level of Service F) during peak hours, heavy rain, road accidents and festive seasons
  • Unlike PORR, Package 1, 2 and 3 will be toll-free
  • The Third Link connected to Package 3 will create new economic centres in North Seberang Perai

2. When can the project commence?

Construction of the first road component, Package 2 (Bandar Baru Ayer Itam to Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu by-pass) began in February 2021. The commencement of Package 1, Package 3 and Third Link will be decided at a later date.

3. Can the “Request for Proposal” (RFP) method used by Penang State Government to appoint Consortium Zenith for the PMRT be considered open tender?

Yes, as the contract awarded to Consortium Zenith was through the RFP process by open tender. The PMRT went through three stages – pre-qualification process, RFP and tender award process.

 

During the pre-qualification process, the State Government received 11 proposals. All tenderers went through preliminary, technical and financial screenings. Only eight companies passed the screenings and were invited to submit their proposals. Out of the eight, only five sent in their proposals. The five were Consortium Zenith, IJM-CRGL JV, WCT Berhad–Daewoo JV, ECK Construction Sdn Bhd and VST Cemerlang Sdn Bhd – China State Co JV.

 

Following financial and technical evaluations, the state’s financial and technical evaluation committee recommended Consortium Zenith to the State Tender Board based on the company’s technical expertise, financial capability and lowest cost proposal.

 

The State Government subsequently issued Consortium Zenith a Letter of Intent to appoint the latter to undertake the PMRT. The preliminary agreement between both parties were signed in October 2013 while the master agreement was inked in August 2019.