Latest News
PTMP Map
PSI
 

Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan

KESEJAHTERAAN NELAYAN

Pusat Nelayan Yang Mesra Komuniti

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) dengan kerjasama SRS Consortium, di Permatang Damar Laut (2016) dan Sungai Batu (2021).

 

PPSN adalah pusat sehenti (one-stop centre) yang menyampaikan maklumat sahih mengenai projek PSI dan menganjurkan program sosial yang memanfaatkan masyarakat setempat.

 

PERANAN PPSN:

• Menjadi pengantara antara kerajaan negeri dan rakyat;
• Mengenalpasti dan membantu kerajaan menangani isu yang dihadapi nelayan selatan Pulau Pinang dan keperluan mereka;
• Menyelaras program tuisyen bagi anak-anak tempatan yang menduduki peperiksaan awam kebangsaan;
• Menyelaras kursus teknikal dan latihan jangka masa pendek dan panjang untuk nelayan dan masyarakat tempatan;
• Menjadi pusat pendaftaran pekerjaan bagi masyarakat tempatan yang berminat akan peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan semasa penambakan pulau;
• Menguruskan lawatan tapak berkaitan dengan PSI;
• Membantu melaksanakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar ;
• Menguruskan pelaksanaan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP);
• Menguruskan aduan dan maklum balas nelayan melalui sistem pengurusan aduan PANTAS
• Menyediakan ruang untuk memupuk persahabatan dan perpaduan demi kepentingan bersama

Manfaat Nelayan

Nelayan selatan Pulau Pinang yang berjiran dengan pembangunan Penang South Island (PSI) bakal menikmati pelbagai manfaat semasa penambakan. Apabila PSI dibangunkan, mereka akan menikmati limpahan ekonomi dan peluang-peluang yang akan mengubah hidup mereka, serta masa depan anak dan cucu mereka.

 

Dari permulaan projek, nelayan yang berlesen akan menerima manfaat Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) yang akan memperkasakan komuniti tersebut. Selain itu, SIMP akan melaksanakan program pengimbangan (offset) ekologi yang akan mewujudkan habitat baru bagi hidupan laut.

 

Dengan peruntukan sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, skim SIMP akan menawarkan bantuan kewangan (ex-gratia), pembinaan jeti nelayan moden yang dilengkapi kemudahan, dan alur navigasi yang membolehkan nelayan ke laut 24 jam sehari tanpa mengira air pasang atau surut.

 

Tekong yang berlesen dari unit nelayan Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul akan diberi bantuan dalam bentuk bot dan enjin. Seramai 20 nelayan yang berkelayakan menjadi kumpulan pertama untuk menerima manfaat ini pada tahun 2022.

Usahawan Baru

Jeti yang akan dibina di Permatang Tepi Laut merupakan jeti serba guna yang akan mempunyai kelengkapan seperti stor, kemudahan pemprosesan ais, gerai, restoran, kemudahan pelancong dan tempat bersiar-siar di tepi sungai yang akan menarik pelancong, menjana peluang perniagaan serta pendapatan tambahan bagi masyarakat tempatan.

 

Selain itu, peluang pekerjaan dalam bidang seperti perkhidmatan pengangkutan bot, pembinaan jeti, dan penghantaran makanan dan barang keperluan ke tapak pembinaan, dan lain-lain boleh menawarkan pendapatan stabil kepada komuniti dan nelayan Pulau Pinang.

 

Sebelum penambakan bermula lagi, terdapat nelayan yang sudah mendapat pekerjaan baru dalam projek PSI yang memberikan mereka pendapatan bulanan, manfaat perlindungan keselamatan sosial serta kehidupan yang lebih stabil.

Memperkasakan Generasi Akan Datang

Melalui SIMP, program-program pemerkasaan, latihan dan kemahiran juga akan ditawarkan kepada nelayan dan anak-anak mereka yang berminat bekerja dalam pembangunan Penang South Island (PSI) dan dalam bidang-bidang lain. Program yang ditawarkan adalah seperti kursus jurumudi, pembuatan bot, penyelenggaraan enjin bot dan sebagainya.

 

Anak-anak nelayan yang masih bersekolah akan diberi kelas tuisyen percuma dan peluang pendidikan lain untuk meningkatkan prestasi akademik dan taraf kelayakan mereka. Mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan juga akan menerima insentif kewangan.

 

Nelayan yang menghadapi isu perumahan dan belum memiliki rumah sendiri akan diberi keutamaan oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam skim-skim pemilikan rumah.

C0056-2-2

Membawa Kebaikan kepada Komuniti

Pelaksanaan SIMP akan diselaraskan di bawah Program Penglibatan Komuniti yang dikenali dengan nama singkatan PELITAKU. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa Taskforce Nelayan yang dipengerusi oleh Timbalan Ketua Menteri 1 YB Dato Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, dan akan dilaksanakan oleh Penang Infrastructure Corporation, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) Pulau Pinang.

 

PELITAKU akan melibatkan Kerajaan Negeri, komuniti setempat, nelayan, agensi-agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain dalam melaksanakan SIMP dan pelan induk pengimbangan ekologi (ecology offset master plan) di samping mematuhi prinsip-prinsip ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus).

 

PELITAKU dilaksanakan di bawah empat teras:

• Teras 1: Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan alam sekitar
• Teras 2: Program pendidikan, latihan dan peningkatan kemahiran
• Teras 3: Peluang pekerjaan
• Teras 4: Peluang perniagaan

 

Melalui PELITAKU, Kerajaan Negeri menggalakkan ahli komuniti Pulau Pinang Selatan, pihak swasta dan awam mengambil bahagian dan peluang-peluang yang diwujudkan dalam pembangunan Penang South Island (PSI).

Koperasi Komuniti

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad (KKPPSB) dengan modal sebanyak RM5 juta untuk memastikan rakyat setempat mendapat manfaat daripada projek PSI yang akan merancakkan kegiatan perniagaan dan pertumbuhan ekonomi kawasan Pulau Pinang Selatan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

 

Keahlian adalah terbuka kepada nelayan, ahli keluarga mereka, penduduk dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang Selatan, seperti komuniti perniagaan. Pegawai kerajaan negeri dan agensi pelaksana projek yang ditugaskan untuk melaksanakan manfaat SIMP dan program PELITAKU juga diterima sebagai ahli.

 

Nelayan setempat yang beroperasi di Pulau Pinang Selatan akan menjadi pemegang saham majoriti. Setiap nelayan yang menjadi ahli dengan saham minimum bernilai RM100 akan diberi saham tambahan sebanyak 500 unit. Ini adalah untuk memastikan nelayan mendapat manfaat yang paling besar daripada hasil dan keuntungan koperasi.

 

Untuk memulakan aktiviti perniagaannya, KKPPSB akan menceburi kegiatan pemasaran hasil laut yang akan dibeli daripada nelayan, perkhidmatan pengangkutan bot untuk pekerja pembinaan PSR, dan pembinaan serta pengurusan jeti nelayan yang bakal dibina di bawah skim SIMP.

 

Pada masa depan, KKPPSB juga akan menjalankan aktiviti lain seperti melabuh unjam dan tukun tiruan, mengusahakan hatcheri benih ikan dan udang, menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, membekalkan makanan dan menyediakan pengangkutan bas atau van untuk pekerja pembinaan, membuka stesen petrol, pasaraya mini, restoran dan kafe dalam bentuk kabin kiosk; membekalkan ais kepada nelayan dan perniagaan sekitar, dan menjual hasil laut kering.

 

Ahli koperasi akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen dan manfaat lain seperti bantuan pemasaran, peluang pekerjaan dan perniagaan, dana kecemasan untuk memasarkan hasil laut, membaiki bot atau enjin, dan khariat kematian ahli.

 

KKPPSB diurus oleh 12 ahli Lembaga Pengarah yang dilantik dari kalangan komuniti nelayan, penduduk setempat, agensi pelaksana dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

Pejabat sementara KKPPSB terletak di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan Permatang Tepi laut. Pertanyaan boleh dihantar ke emel [email protected].

Hubungi Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan:

Alamat

PPSN Permatang Damar Laut

Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan, Permatang Damar Laut, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

PPSN Sungai Batu

Pesisir Pantai Sungai Batu, bersebelahan Lot 1018, Mukim 11, 11000 Bayan Lepas, Pulau Pinang

PPSN-sungai-batu

Waktu Pejabat

8pg – 5.30ptg setiap Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum

Hotline

1800-88-6393

Galeri

Sesi Libat Urus Dan Program

penang-lrt-station
penang-lrt-station-examples
penang-homes
penang-lrt-station-3
penang-green-tech-park-1
penang-green-tech-park-2
penang-green-tech-park-3
penang-green-tech-park-4
penang-bypass-link
penang-highway-1
penang-smart-city-1
penang-highway-2
penang-green-city-1
penang-highway-4
penang-green-city
error: Content is protected !!