Latest News
PTMP Map
PSI
 

Pengangkutan Awam

Pelan induk pengangkutan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggariskan rangkaian transit bersepadu dengan kapasiti jangka panjang demi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Strategi ini direka khusus seiring dengan penambahbaikan rangkaian jalan dan lebuh raya dalam usaha mencapai kemajuan holistik dan meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.

Bagi bahagian pulau, empat laluan dicadangkan:

Laluan / Komponen yang Dicadangkan Jarak (km) Bilangan Stesen
1 Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas (menunggu kelulusan) 26.8 23
2 Laluan Ayer Itam (komponen masa hadapan) 13 13
3 Laluan Tanjung Tokong (komponen masa hadapan) 7 8
4 Trem bagi kawasan tapak warisan dunia George Town (komponen masa hadapan) 2 6
JUMLAH 48.8 50

Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas yang masih menunggu kelulusan dari Kerajaan Persekutuan, dan komponen-komponen masa hadapan iaitu Laluan Ayer Itam dan Tanjung Tokong akan membentuk ‘tulang belakang’ rangkaian rel di bahagian pulau.

Dari perspektif perancangan, laluan LRT ini akan dibina terlebih dahulu supaya dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat di sepanjang koridor utara-selatan. Pelaksanaan laluan ini adalah lebih praktikal dari segi ekonomi berbanding dengan laluan yang lain.

Laluan Ayer Itam dan Tanjung Tokong yang bakal diperkenalkan akan menyediakan rangkaian yang lebih bersepadu dan pendorongan penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi. Apabila permintaan perjalanan meningkat, Laluan Ayer Itam juga dapat diperluaskan dan dihubungkan dengan segmen selatan LRT Bayan Lepas demi meningkatkan integrasi dan perhubungan laluan rel tersebut.

Ketiga-tiga koridor transit hanya berjarak 3km di antara satu sama lain. Kebolehcapaian batu pertama dan terakhir bagi laluan-laluan rel ini boleh dipertingkatkan lagi dengan menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang menghubungkan LRT atau stesen yang berdekatan.

Bagi Seberang Perai, tiga laluan transit, termasuk sambungan laluan, dicadangkan untuk dihubungkan dengan perkhidmatan komuter KTM.

Laluan / Komponen yang Dicadangkan Jarak(km) Bil.Stesen
1 Laluan George Town (The Light) – Butterworth (Penang Sentral) – Sg Nyiur (akan berintegrasi dengan sistem rel di pulau) 18 8
2 Laluan Raja Uda – Sg Nyiur – Bukit Mertajam – Permatang Tinggi 28 21
Sambungan laluan ke Kepala Batas dan Kulim 13 10
3 Laluan Permatang Tinggi – Batu Kawan 14 15
Sambungan laluan ke Bukit Tengah/Seberang Jaya (utara) 15 17
Sambungan laluan ke Nibong Tebal (selatan) 11 6
JUMLAH 99 77
JUMLAH KESELURUHAN 151 131

Laluan KTM Komuter di utara Semenanjung menghubungkan Padang Besar di Perlis dan Padang Rengas di Perak dengan stesen-stesen di Seberang Perai, termasuk Butterworth.

Peruntukan untuk laluan transit yang baru telah dicadangkan di bawah PTMP untuk kawasan-kawasan yang dijangka akan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di Seberang Perai. Ini membolehkan rizab koridor pengangkutan awam disediakan secara awal untuk memudahkan proses perancangan.

Untuk jangka masa pendek, perkhidmatan bas perantara akan menjadi pelengkap kepada perkhidmatan komuter. Untuk jangka masa panjang, laluan transit yang baru akan diperkenalkan sekiranya ada keperluan.

Namun, semua laluan yang dicadangkan ini masih tertakluk kepada penilaian kebolehlaksanaan, dan pertimbangan ke atas permintaan perjalanan, intensiti pembangunan, keupayaan sistem transit, sasaran perkongsian mod, serta penerimaan sosiopolitik sistem transit yang bersesuaian (bertingkat atau di paras atas tanah).

Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas

Nota: Penjajaran transit & nama stesen adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Bergerak ke arah Pulau Pinang yang moden

Cadangan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas yang meliputi jarak 26.8km akan menjadi laluan utama transit rel di Pulau Pinang. Laluan ini akan menyediakan perkhidmatan transit terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke destinasi utama sekitar pulau.

Jajaran ini akan bermula di Komtar dan berakhir di Bandar Raya Pintar Penang South Islands (PSI).

 

Perkhidmatan bas pengantara (feeder) sebagai mod pengangkutan batuan pertama dan terakhir (first and last-mile connectivity) akan menyokong perkhidmatan LRT dengan mengambil dan menurunkan penumpang di 23 stesen LRT.

 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) untuk mempelawa pihak-pihak yang berminat untuk melaksanakan komponen LRT Bayan Lepas.

Panjang 26.8KM

23 stesen

Melalui kawasan permintaan yang tinggi seperti Komtar, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Kawasan Perindustrian Bayan Lepas

Misi LRT Bayan Lepas:

Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap and menjimat kos perjalanan

Meningkatkan penggunaan pengangkutan awam

Mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan penghasilan gas karbon

Meningkatkan produktiviti

Laluan Ayer Itam

Ayer-Itam-LRT-Line-map

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Kawasan barat Ayer Itam dan Tanjung Tokong di utara Pulau Pinang merupakan dua koridor pembangunan yang berkepadatan tinggi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk membina laluan rel di dua lokasi ini kerana permintaan perjalanan dijangka akan meningkat di masa hadapan. Dua laluan ini akan dihubungkan dengan Laluan Rel Bayan Lepas di stesen pertukaran bersepadu Komtar di George Town.

Laluan Ayer Itam yang berjarak lebih kurang 13km dan mempunyai 13 stesen akan menghubungkan Komtar dan Paya Terubong untuk menambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan yang berkepadatan penduduk yang tinggi, khususnya Ayer Itam dan Paya Terubong.

Sistem transit bagi koridor Ayer Itam ini masih perlu dikaji di masa hadapan dengan mengambilkira permintaan perjalanan, intensiti pembangunan, sistem kapasiti transit, sasaran mod perkongsian, dan sosio-ekonomi dan sosio-politik yang bersesuaian, sama ada bertingkat atau di paras atas tanah semasa waktu perlaksanaan.

Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa hadapan dan kelulusan agensi yang berkaitan.

Laluan Tanjung Tokong

Tanjung-Tokong-LRT-line

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Laluan Transit Tanjung Tokong sepanjang 7km yang dicadangkan akan bermula di stesen pertukaran bersepadu Komtar dan berakhir di Tanjung Tokong yang telah dikenalpasti sebagai koridor pembangunan berkepadatan yang tinggi di Pulau Pinang.

Laluan transit yang mempunyai lapan stesen ini yang akan memberi perkhidmatan kepada kawasan pembangunan bercampur di sepanjang Jalan Burma, Jalan Kelawai, Persiaran Gurney dan Bandar Seri Tanjung Pinang.

Jika permintaan perjalanan pada masa hadapan meningkat dan masih terdapat ruang di sepanjang koridor pembangunan Tanjung Tokong, Laluan Tanjung Tokong boleh dilanjutkan ke Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

Sistem transit bagi koridor ini masih perlu dikaji di masa hadapan dengan mengambilkira permintaan perjalanan, intensiti pembangunan, sistem kapasiti transit, sasaran mod perkongsian, dan sosio-ekonomi dan sosio-politik yang bersesuaian, sama ada bertingkat atau di paras atas tanah semasa waktu perlaksanaan.

Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa hadapan dan kelulusan agensi yang berkaitan.

Laluan Transit George Town – Butterworth

Nota: Penjajaran transit & nama stesen adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Laluan 18km yang dicadangkan ini akan menghubungkan Pulau Pinang dengan Seberang Perai melalui The Light di Jelutong, kawasan perindustrian Perai, dan Penang Sentral serta Sungai Nyiur di Butterworth.

Tujuan laluan ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di atas Jambatan Pulau Pinang dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk berulang alih di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Laluan cadangan ini juga akan dihubungkan dengan Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam melalui pertukaran di Sungai Nyiur.

Laluan cadangan ini adalah tertakluk kepada kajian yang lebih lanjut, semakan dan kelulusan pihak berkuasa sebelum pelaksanaan untuk mengambil kira factor-faktor seperti kebolehlaksanaan, bilangan penumpang, kebolehbinaan, kos dan lain-lain.

Pelaksanaan laluan cadangan ini dijangka bermula selepas komponen LRT Bayan Lepas telah beroperasi.

Laluan Raja Uda – Bukit Mertajam

Raja-Uda-Bukit-Mertajam-LRT-Line

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Raja Uda di Butterworth dan Bukit Mertajam merupakan dua kawasan pembangunan berkepadatan tinggi di Seberang Perai.

Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam yang dicadangkan akan menghubungkan Raja Uda di bahagian barat laut dengan Bukit Mertajam yang terletak di bahagian tenggara Seberang Perai.

Pada peringkat awal, laluan ini dicadangkan bermula dari Raja Uda dan melalui Sungai Nyiur, Seberang Jaya, Bukit Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam dan berterusan ke Alma sebelum berakhir di Permatang Tinggi. Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada pejabat pentadbiran negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya dan Bandar Baru Perda.

Pada masa depan, laluan transit ini boleh disambungkan ke kawasan-kawasan lain seperti Kepala Batas dari Raja Uda di Seberang Perai Utara (sila rujuk peta di bawah), dan Kulim, Kedah, dari Alma di Seberang Perai Tengah.

Koridor transit yang dikenalpasti ini boleh dirizabkan untuk proses perancangan negeri. Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa hadapan dan kelulusan agensi yang berkaitan.

PETA SAMBUNGAN LALUAN BERPOTENSI

raja-uda-brt-map

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Laluan Permatang Tinggi-Batu Kawan

penang-brt-map

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Seperti yang dipaparkan dalam peta di atas, sambungan laluan yang dicadangkan adalah untuk menghubungkan kawasan pembangunan bercampur (perindustrian, komersial dan kediaman) dengan stesen KTM yang terdekat di Simpang Ampat dan juga Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam yang berakhir di Permatang Tinggi.

Laluan Permatang Tinggi-Batu Kawan yang dicadangkan berpotensi untuk dilanjutkan ke kawasan lain:

  1. Dari Permatang Tinggi ke Seberang Jaya untuk meliputi Permatang Pauh dan Bukit Minyak (termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Politeknik Seberang Perai) serta pertukaran Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam. Sila rujuk Peta A.
  2. Dari Batu Kawan ke Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan untuk meliputi bandar terancang Byram Changkat dan pertukaran Komuter KTM di Nibong Tebal. Sila rujuk Peta B.

Koridor transit yang dikenalpasti ini juga boleh dirizabkan untuk proses perancangan negeri. Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa hadapan dan kelulusan agensi yang berkaitan.

PETA A

penang-brt-map-a

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

PETA B

penang-brt-map-b

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Trem

penang-tram-map

Nota: Penjajaran transit & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan. Lukisan ini tidak mengikut skala.

Mengikut Garis Panduan Tapak Warisan Dunia Unesco George Town, pembangunan tidak harus mendatangkan impak kepada atau merobohkan mana-mana bahagian bangunan warisan.

Sejajar dengan garis panduan warisan ini, perkhidmatan trem telah dicadangkan sebagai mod pengangkutan yang boleh memastikan keunikan ciri-ciri, reka bentuk seni bina warisan dan pemandangan kota George Town turut terpelihara, serta boleh menjadi tarikan pelancong.

Laluan trem sepanjang 2km yang dicadangkan untuk bandar raya warisan George Town akan berada di paras at-grade (atas tanah) dan berintegrasi dengan Laluan Rel Bayan Lepas serta laluan Ayer Itam dan Tanjung Tokong yang akan datang.

Laluan ini akan bermula di Komtar dan berakhir di Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier. Laluan yang mempunyai enam stesen ini juga akan disokong oleh perkhidmatan bas perantara.

Komponen ini masih dalam peringkat cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa hadapan dan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.

error: Content is protected !!