Latest News
PTMP Map
PSI
 

Mengenai PIC

Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC)

Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC) yang diperbadankan pada 9 Julai 2020 adalah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menerajui pelaksanaan Penang South Island (PSI) dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

 

Untuk memastikan Pulau Pinang membangun sebagai sebuah negeri yang terkemuka, visi PIC adalah untuk membina pembangunan dan infrastruktur pengangkutan yang berdaya tahan khususnya Silicon Island dan komponen-komponen PTMP yang sedang dilaksanakan iaitu Lebuh Raya Pan Island Link 2A dan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (Pakej 2).

 

Ahli Lembaga Pengarah PIC termasuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow; Setiausaha Negeri YB Dato’ Hj. Rosli Bin Isa, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur YB Zairil Khir Johari, dan Dato’ Seri Farizan Bin Darus.

penang-infrastructure-corporation-logo
pic-CEO

Ketua Pegawai Eksekutif PIC

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Seri Farizan Bin Darus yang mempunyai pengalaman 36 tahun dalam perkhidmatan awam adalah Ketua Pegawai Eksekutif PIC yang memimpin operasi PIC.

Lembaga Pengarah

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri
Tuan Chow Kon Yeow

Setiausaha Kerajaan Negeri
YB Dato’ Hj. Rosli Bin Isa

EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
YB Zairil Khir Johari

Ketua Pegawai Eksekutif PIC
Dato’ Seri Farizan Bin Darus

PIC membuka jalan untuk esok yang lebih baik

Visi PIC adalah untuk membangun infrastruktur pembangunan dan pengangkutan yang tahan lasak untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai negeri teratas melalui komponen PTMP yang merangkumi Jalur Rel Bayan Lepas, Jalur Pan Island, Jalan Utama Pulau Pinang dan Pautan Ketiga, dan penambakan Pulau-Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) .

error: Content is protected !!