Mendiang arkitek Hugh Jacobsen pernah berkata: “Apabila anda melihat sebuah bandar raya, anda akan dapat melihat harapan, aspirasi dan kebanggaan semua orang yang terlibat dalam pembinaan bandar raya tersebut.”
Masa depan Pulau Pinang akan dibina daripada harapan, aspirasi dan perasaan bangga rakyat Pulau Pinang. Untuk merealisasikan impian ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebagai strategi jangka masa panjang untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan yang berintegrasi untuk kemudahan rakyat.
Komponen PTMP akan terdiri daripada sistem rel, transit aliran bas atau bas rapid transit (BRT), trem, teksi air dan rangkaian jalan yang strategik yang terancang. Matlamat komponen-komponen ini adalah mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40% untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi sekarang dan pada masa depan.
Dalam membangunkan infrastruktur pengangkutan, PTMP dan projek Penang South Islands (PSI) juga mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, memberi suntikan modal dan merangsang ekonomi bagi rantaian bekalan (supply chain) di rantau ini. Peranan projek-projek ini dari segi ekonomi adalah mustahak dalam membantu Pulau Pinang pulih daripada kesan penularan wabak Covid-19 dan membuat persiapan untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa depan.
Oleh itu, Kerajaan Negeri amat komited dalam melaksanakan projek-projek ini walaupun menghadapi cabaran dalam mendapatkan sokongan kewangan daripada pihak kerajaan persekutuan. Kerajaan Negeri kini bekerja rapat dengan rakan pelaksana projek untuk memastikan projek-projek ini dapat direalisasikan demi masa depan Pulau Pinang. Setakat ini, pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam-Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (Pakej 2) sudah bermula sejak bulan Februari 2021.
Pulau Pinang boleh berjaya menjadi sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga yang akan menjadi inspirasi negara. Semoga segala harapan, aspirasi, kebanggaan dan usaha kita dalam membina sebuah masa depan yang baik bagi Pulau Pinang meninggalkan satu legasi untuk generasi yang akan datang.
YAB CHOW KON YEOW
Ketua Menteri Pulau Pinang
The Penang South Islands (PSI) is the state government's strategic transformative development plan that will reconstruct the sleepy southern coast into a Smart City and word-class tourist destination.
Strategically located near the Penang International Airport, the Second Penang Bridge, the Bayan Lepas free industrial zone (FIZ), education institutions Universiti Sains Malaysia, the Collaborative Research in Engineering, Science and Technology Centre (CREST), and the Penang Skills Development Centre (PSDC)...
View MoreSebagai sebuah pelan transformasi pembangunan strategik, Penang South Islands (PSI) akan membawa perubahan kepada selatan Pulau Pinang, dan menjadikan kawasan tersebut sebuah bandar raya pintar dan destinasi pelaburan serta pelancongan bertaraf dunia.
Dengan lokasi strategiknya yang berhampiran dengan Taman Perindustrian Bebas Bayan Lepas yang telah mewujudkan sebuah ekosistem yang mempunyai 300 syarikat multinasional dan 3,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta infrastruktur yang baik; PSI akan menarik pelabur baru dan mengekalkan pelabur sedia ada yang ingin mengembangkan operasi mereka di sebuah lokasi yang mempunyai persekitaran yang sesuai untuk hidup dan bekerja.
Baca LagiGEORGE TOWN: Works on the first project under the state's highly ambitious Penang Transport Master Plan (PTMP) — the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway - Air Itam bypass — have started and achieved eight per cent progress.
The 6km bypass, to be built at a cost of RM851 million, is expected to be completed in 2025.
Read More