Latest News
PTMP Map
PSI
 

Umum sambut baik perkembangan terkini Projek LRTBayan Lepas

Umum sambut baik perkembangan terkini Projek LRTBayan Lepas

Published by Buletin Mutiara • 20/07/2022

PADA sidang media yang diadakan di Komtar semalam (20 Julai 2022), Ketua Menteri,Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow telah mengumumkan pembukaan permohonan mengemukakan cadangan (RFP) peringkat pra kelayakan bagi proses tender terbuka Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas mulai 25 Julai ini sehingga 24 Ogos2022.

 

Susulan itu, wartawan Buletin Mutiara, SUNARTI YUSOFF dan AINUL WARDAHSOHILLI cuba untuk mendapatkan pandangan umum berhubung perkembangan terbaru projek prasarana itu.

 

Ketika dihubungi, ZAIRIL KHIR JOHARI memaklumkan bahawa peringkat prakelayakan bagi proses tender terbuka tersebut adalah langkah permulaan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk rakyat Pulau Pinang.

ZAIRIL Khir Johari

“Saya berharap proses ini akan membuahkan hasil agar impian kita semua untuk mendapatkan pengangkutan awam jenis rel dapat dicapai.

 

“Apatah lagi projek LRT ini akan membawa kemaslahatan rakyat secara umum.

 

“Lagipun, komponen LRT Bayan Lepas ini adalah salah satu komponen utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang mana strategi jangka panjang adalah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini,” ujarnya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PIC).

 

Sebelum ini, Exco Infrastruktur dan Pengangkutan itu memberitahu bahawa selain menggunakan proses RFP, pihaknya juga akan meneruskan usaha memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12.

 

Bagi juruteknik berusia 35 tahun, MOHAMAD FAZRUL CHE LAN , beliau sememangnya mengalu-alukan pengumuman Kerajaan Negeri berhubung projek berkaitan.

MOHAMAD Fazrul Che Lan.

“Ini merupakan berita baik untuk semua rakyat Pulau Pinang terutama bagi mereka yang tinggal di bahagian pulau.

 

“Sekiranya projek ini berjaya direalisasikan, pasti akan menjadi faktor utama dalam menguraikan kesesakan lalu lintas yang dihadapi kini.

 

“(Dan) projek ini dilihat mampu memperkasakan lagi pengangkutan awam di negeri ini,”katanya.

S. Naneeneswary

Begitu juga dengan S. NAMEENESWARY , 29, yang mahu projek ini dapatdirealisasikan secepat mungkin.

 

“Saya diberitahu apabila projek ini siap, ia juga akan menyediakan laluan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke destinasi utama di bahagian pulau.

 

“Sangat bagus kerana boleh menggalakkan orang ramai menggunakan LRT sebagai pengangkutan awam pilihan utama mereka.

 

“Hasilnya, jumlah kenderaan di jalan raya juga akan berkurangan dan membantu menyelesaikan masalah kesesakan yang meruncing kini,” respons usahawan muda berkaitan.

NUR Farhana Shah Bodin.

Bagi NUR FARHANA SHAHBODIN , 31, beliau yakin projek ini juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dek penggunaan kenderaan persendirian yang banyak.

 

“Jadi, dengan memilih pengangkutan awam, kita sebenarnya membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO²) yang begitu berbahaya kerana bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia malah alam sekitar juga.

 

“Perjalanan dengan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran berbanding menggunakan kenderaan persendirian.

 

“Justeru, saya memuji usaha Kerajaan Negeri untuk merealisasikan projek LRT ini,” kata pengamal perubatan ini dengan penuh semangat.

NURIDAYU Mazlan.

NURIDAYU MAZLAN , 36, juga teruja dengan pengumuman yang dibuat semalam.

 

“Saya berpendapat bahawa projek ini mampu menyediakan sistem perjalanan yang cekap, selamat dan menjimatkan kos kepada rakyat Pulau Pinang.

 

“Tambahan pula, dengan laluan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pasti akan menjadi daya tarikan untuk menggunakan LRT berbanding kenderaan lain.

 

“(Dan) saya harapkan proses ini berjalan lancar agar kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan tidak lama lagi.

 

“Pada masa sama, saya berharap projek yang sama dapat dilaksanakan di bahagian Seberang Perai pada masa hadapan,”sarannya yang berkhidmat sebagai guru disalah sebuah sekolah di Seberang Perai.

NG Chek Yew.

Pemilik syarikat kejuruteraan penyaman udara, NG CHEK YEW menzahirkan perasaan gembira melihat kemajuan projek tersebut kini.

 

“Saya harap projek ini dapat dilaksanakan dan disiapkan secepat mungkin supaya rakyat Pulau Pinang dapat memiliki sistem pengangkutan awam yang lebih baik.

 

“Saya kini bergerak menggunakan kenderaan sendiri, dan sekiranya ada LRT nanti pasti saya akan memilih untuk menggunakannya.

 

“Lagipun lebih menjimatkan kos penggunaan bahan api dan tenaga,”katanya.

No Comments

Post A Comment