Latest News
PTMP Map
PSI
 

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan, kata exco

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan, kata exco

GEORGE TOWN:

Masih tiada bukti menunjukkan punca pencemaran di Pantai Esen, Permatang Damar Laut, Batu Maung disebabkan kerja-kerja penambakan Pulau Silikon, kata Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari.

 

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil oleh agensi berkaitan di kawasan berkenaan.

 

“Saya boleh mengesahkan bahawa kerja-kerja penambakan mematuhi garis panduan Jabatan Alam Sekitar(JAS), termasuk Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang telah diluluskan,” katanya dalam kenyataan.

 

“Langkah-langkah yang ketat juga diambil seperti penggunaan langsir kelodak dua lapis. Kita perlu faham bahawa kawasan itu sememangnya kawasan lumpur semula jadi, oleh itu kejadian baru-baru ini atas faktor peningkatan alga atau ‘algae bloom’.

 

Seperti yang semua maklum, katanya, alga bukan sesuatu yang terhasil daripada kerja-kerja penambakan.

 

Sehubungan itu, beliau memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan pihaknya juga masih menunggu keputusan akhir ujian makmal yang akan disahkan oleh agensi teknikal terlibat.

 

“Pokok soalan yang lebih penting adalah bagaimana peningkatan alga boleh terjadi? Antara kemungkinan yang dikenal pasti adalah terdapat efluen dari hulu sungai berhampiran yang mengalir ke laut,” katanya.

 

“Di kawasan sekitar juga terdapat beberapa aktiviti pertanian dan juga sebuah loji rawatan kumbahan, pada masa yang sama, hasil tinjauan mendapati tiada alga yang terlekat atau membiak dalam kawasan langsir kelodak dan ini menunjukkan bahawa sumbernya bukan dari tapak projek tambakan Pulau Silikon.”

No Comments

Post A Comment