Latest News
PTMP Map
PSI
 

TA Research jangka pelan induk pengangkutan jadikan Pulau Pinang destinasi menarik kepada pelabur

TA Research jangka pelan induk pengangkutan jadikan Pulau Pinang destinasi menarik kepada pelabur

Published by DagangNews• 31/10/2023

KUALA LUMPUR 31 Okt – TA Research menjangkakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) berfungsi sebagai pemangkin penilaian semula yang kukuh bagi sektor pembinaan negeri, menjadikannya destinasi menarik bagi pelabur dan pemaju.

 

Firma penyelidikan itu juga optimis terhadap pasaran hartanah kediaman Pulau Pinang, didorong oleh pemulihan kukuh sektor perubatan dan pelancongan.

 

“Keyakinan itu ditambah dengan sektor perindustrian yang berkembang maju di Pulau Pinang dan tanah besar

 

“Kami mengekalkan saranan ‘overweight’ pada kedua-dua sektor hartanah dan Malaysia REITs (M-REITs),” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

TA Research berkata, PTMP juga akan menjadi pemangkin kepada bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat, dengan Gamuda Berhad dan Kerjaya Prospek Berhad menjadi penerima manffat utama daripada pelan induk itu.

 

Mereka juga menjangkakan bahawa pelaksanaan PTMP akan dipercepatkan, memandangkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pulau Pinang telah menyelaraskan kepentingan politik mereka selepas pelaksanaan projek itu agak tertangguh kerana had kewangan, kebimbangan alam sekitar dan isu politik.

 

Mengulas mengenai pembangunan Pulau Pinang Selatan (PSI) yang dimulakan berikutan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh kerajaan, firma penyelidikan itu percaya baki projek yang ada akan terus berkembang.

 

“Walaupun projek PSI dikurangkan dengan menghapuskan Pulau B dan Pulau C, kami tidak terlalu kecewa kerana kerajaan tempatan masih mengekalkan rancangannya untuk membangunkan Pulau A (Pulau Silikon),” katanya.

 

TA Securities menjangkakan bahawa PTMP akan berfungsi sebagai pemangkin jangka panjang, meningkatkan nilai tanah, merangsang aktiviti ekonomi dan memacu permintaan perumahan di Pulau Pinang.

 

Katanya, pemaju hartanah yang memiliki bank tanah di Pulau Pinang berpeluang mendapat manfaat jangka panjang daripada perhubungan jalan raya dan pengangkutan awam yang dipertingkatkan di bawah PTMP

No Comments

Post A Comment