Latest News
PTMP Map
PSI
 

SPV Gamuda bangunkan projek Pulau A

SPV Gamuda bangunkan projek Pulau A

Diterbitkan oleh BHarian • 25/03/2021 • 05:14pm

Syarikat tujuan khas 60 peratus milik Gamuda akan melaksanakan pembangunan Pulau A di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Syarikat tujuan khas (SPV) 60 peratus milik Gamuda, SRS Consortium Sdn Bhd akan melaksanakan pembangunan Pulau A di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

 

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Gamuda berkata kerajaan negeri hari ini menerima terma pembangunan projek Pulau A, yang mana projek itu akan dilaksanakan menerusi model pembangunan usaha sama.

 

Katanya, kos projek itu juga akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat menerusi dana janaan secara dalaman dan pinjaman bank.

 

“Syarikat pemaju projek akan dibentuk menerusi kaedah usaha sama di antara entiti yang dinamakan oleh kerajaan Pulau Pinang (PSG) dan sebuah SPV akan ditubuhkan oleh SRS (SRS PD), dengan nisbah 30:70.

 

“SRS PD akan membiayai semua modal ekuiti yang diperlukan dan mengaturkan pinjaman diperlukan yang mungkin memerlukan pemaju projek untuk melaksanakan dan memenuhi semua kewajipannya dalam pembangunan projek.

 

“Penama PSG tidak akan bertanggungjawab untuk membiayai pemaju projek. Semua suntikan ekuiti pemaju projek akan dibiayai sepenuhnya oleh SRS PD bagi pihak penama PSG,” katanya.

 

Konglomerat itu berkata, sebagai tambahan, SRS PD harus memastikan yang penama PSG tidak mempunyai kewajiban atau tanggungjawab untuk memberikan apa-apa jaminan pinjaman kepada pemaju projek.

 

“Sementara itu, semua kerja seharusnya diberikan kepada kontraktor turnkey, yang mana penama PSG dan SPV yang lain akan ditubuhkan oleh SRS (SRS TC) yang akan mempunyai kepentingan 30 peratus dan 70 peratus.

 

“Kontraktor turnkey akan dianugerahkan kerja menerusi kontrak turnkey daripada pemaju projek,” katanya.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!