Latest News
PTMP Map
PSI
 

Skim SIMP bantu nelayan terus turun ke laut dengan bot baharu

Skim SIMP bantu nelayan terus turun ke laut dengan bot baharu

EKORAN pelaksanaan projek Penang South Island (PSI), Kerajaan Negeri melalui Penang Infrastructure Corporation (PIC) giat menyantuni nelayan melalui pemberian bantuan di bawah skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) seperti dijanjikan.

 

Melalui skim SIMP, pelbagai manfaat disediakan kepada nelayan dalam memastikan golongan tersebut boleh terus turun ke laut di samping meningkatkan lagi hasil tangkapan mereka.

 

Statistik yang dikeluarkan oleh PIC setakat bulan Mac lalu menunjukkan lebih 90 peratus nelayan terkesan telah mendaftar bagi menikmati skim tersebut.

 

Buletin Mutiara melalui wartawan pelatih, NURUL HAWA FARAHIN HAMEDDY sempat menemu ramah dua orang nelayan yang menerima skim SIMP baru-baru ini.

CHE Kak Md. Zin.

Antara nelayan yang mendapat manfaat daripada skim SIMP adalah tekong dari Unit Nelayan Teluk Kumbar, CHE KAK MD. ZIN, 75.

 

Beliau menerima ex-gratia sebanyak RM15,000 (75 peratus) dan baki selebihnya (RM4,500) dikatakan akan diterima dalam tahun ini juga.

 

“Bantuan ini sedikit sebanyak memberikan kemudahan kepada saya untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan dan membeli pukat udang.

 

“Jadi, bolehlah untuk tingkatkan hasil tangkapan seterusnya menambah pulangan yang lebih baik daripada sebelum ini,” ujar Che Kak yang setia sebagai seorang nelayan sejak 15 tahun lalu.

SHOIB Ibrahim.

Seorang lagi tekong dari Unit Permatang Tepi Laut, SHOIB IBRAHIM, 67 bersyukur kerana skim SIMP juga memberikannya bot baharu, lesen dan bantuan kewangan.

 

“Bot baru ini lebih besar dan selesa, yang penting saya harap lebih selamatlah untuk kami menjalankan tangkapan hasil laut.

 

“Dengan bot baharu ini juga saya mampu untuk ke tengah laut dan mendapatkan hasil tangkapan dengan lebih banyak.

 

“Seperti kawan-kawan lain, saya turut menerima bantuan tunai RM15,000 atau bersamaan 75 peratus bayaran yang dijanjikan,” maklum beliau yang berasal dari Kedah dan tinggal di Pulau Pinang sejak tahun 2000.

 

Tambah Shoib, beliau difahamkan kira-kira 40 orang nelayan dari Unit Permatang Tepi Laut juga telah menerima sebuah bot setelah mendaftar dengan skim SIMP ini.

SHOIB Ibrahim sedang membetulkan pukatnya
sebelum turun ke laut.

“Ini secara langsung turut menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memberi sokongan kepada nelayan untuk meningkatkan taraf hidup serta menambah pendapatan,” katanya lagi.

No Comments

Post A Comment