Latest News
PTMP Map
PSI
 

Sambutan Deepavali Bersama Rumah Kebajikan Seri Cahaya, Permatang Damar Laut

Sambutan Deepavali Bersama Rumah Kebajikan Seri Cahaya, Permatang Damar Laut

Siaran Media

5 November 2021

Sambutan Deepavali Bersama Rumah Kebajikan Seri Cahaya, Permatang Damar Laut

5 November 2021 – Sempena perayaan Deepavali tahun ini, Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) bersama-sama Paraclete Wellness Chapter Sdn Bhd telah menyampaikan tiga buah hamper kepada Rumah Kebajikan Seri Cahaya.

 

Rumah kebajikan yang terletak di Permatang Damar Laut di Batu Maung adalah sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan pada tahun 1999. Rumah kebajikan ini kini menyediakan tempat perlindungan kepada 25 kanak-kanak dan 15 orang dewasa yang termasuk warga emas dan OKU yang tiada tempat pergantungan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation Datuk Seri Farizan Darus berkata sudah menjadi tradisi untuk PPSN yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyambut setiap musim perayaan dengan menghulurkan sedikit
sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan amal seperti rumah kebajikan atau individu-individu yang memerlukan bantuan.

 

Dia berkata Seri Cahaya yang terletak berhampiran tapak projek Penang South Islands (PSI) juga merupakan pihak yang berkepentingan dalam pembangunan projek yang dipelopori Kerajaan Negeri.

 

“Projek PSI bertujuan membawa perkembangan ekonomi ke Pulau Pinang dan pembangunan kepada masyarakat setempat di kawasan Pulau Pinang Selatan, termasuk warga Seri Cahaya.

 

“Oleh itu, kami mengingati rakan-rakan di Seri Cahaya pada masa kami menyambut Deepavali dan musim cuti sempena perayaan ini. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membawa sedikit keceriaan kepada mereka.”

 

Farizan bertambah amalan tersebut juga membantu memperkukuhkan hubungan persahabatan, perasaan prihatin, semangat perpaduan dan kekitaan serta perasaan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang pelbagai kaum dan agama.

 

Tamat

Kakitangan PPSN dan Paraclete Wellness Chapter Sdn Bhd bersama-sama warga Rumah Kebajikan Seri Cahaya di Permatang Damar Laut sempena sambutan Deepavali.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!