Latest News
PTMP Map
PSI
 

PTMP, fokus enam bulan terdekat

PTMP, fokus enam bulan terdekat

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PICSB), Dato’ Seri Farizan Darus di pejabat beliau dekat Komtar pagi ini.

 

Kunjungan rasmi berkaitan adalah ekoran pelantikan Farizan berkuatkuasa 3 Ogos lalu.

 

Pada kunjungan berkaitan, intipati perbincangan adalah menfokuskan kepada pelan perangcangan dalam tempoh enam bulan ini berhubung pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

 

Ini adalah termasuk projek-projek jajaran lebuh raya yang bakal menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam sehingga ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu; terowong bawah dasar laut, transit aliran ringan (LRT) dan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pulau Pinang (PSR).

 

Sebelum ini Farizan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah sebelum menjawat jawatan sebagai Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai, MBSP). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum bersara wajib pada November tahun lalu.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!