Latest News
PTMP Map
PSI
 

PSR tidak akan dimulakan selagi EIA belum diperoleh

PSR tidak akan dimulakan selagi EIA belum diperoleh

Published by Utusan • 03/10/2022

CHOW KON YEOW

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang kekal dengan pendirian  projek tambakan laut selatan pulau Pulau Pinang (PSR) tidak akan dimulakan sehingga Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) projek itu diperoleh.

 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, isu-isu berkaitan PSR mungkin dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak menerima maklumat terkini berhubung projek berkenaan.

 

”Kita masih pegang pada prinsip selagi tidak ada EIA, projek PSR tidak akan bermula, itu pegangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar, di sini hari ini.

 

Terdahulu, Kon Yeow menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Record  sempena penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019.

 

Sijil itu diberikan selepas Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang menganjurkan Karnival Olimpik sempena sambutan Hari Olimpik.

 

Sebelum ini, Penang Infrastructure Corp Sdn. Bhd. (PIC) menyatakan sedang menunggu maklum balas Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung Laporan EIA Projek PSR yang baru diserahkan.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Farizan Darus berkata, laporan EIA yang baharu tersebut telah diserahkan pada 29 April lalu untuk diperhalusi.

 

Pelaksanaan projek PSR seluas hampir 17 kilometer persegi itu membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas

 

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai projek PSR yang didakwa bakal menjejaskan kehidupan rakyat, Kon Yeow berkata, pemimpin PKR berkenaan kemungkinan tidak mengikuti perkembangan terkini mengenai projek itu.

 

”Bagi wakil-wakil PKR negeri ia bukan satu isu kerana setiap minggu dalam mesyuarat Exco isu sedemikian diterangkan dan kadang-kadang ada pembentangan daripada SRS Consortium,” katanya.- UTUSAN

“Peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM2.89 bilion dan permohonan projek-projek tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian-Kementerian berkaitan dan juga Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

 

“Ingin ditegaskan, daripada 126 projek yang disenaraikan serta telah dikemukakan, projek pengangkutan awam LRT laluan Komtar ke Bayan Lepas Fasa 1 termasuk di dalam senarai dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM10 bilion,” katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.

 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Daniel Gooi Zi Sen.

 

Kon Yeow berkata, dalam sesi konsultasi Bajet 2023 dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Komtar Sabtu lalu, Kerajaan Negeri menyenaraikan 10 projek pembangunan dan infrastruktur utama yang bakal memberi impak positif terhadap pembangunan negeri dengan anggaran kos berjumlah RM2.27 bilion untuk tahun 2023.

 

Beliau berkata, bukan sahaja dalam setiap bajet malah pada mesyuarat dan pertemuan pada peringkat Persekutuan juga projek berkenaan sentiasa dibawa untuk diberi perhatian oleh kerajaan.

 

Jelasnya, ia termasuk pada sesi perbincangan bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung peruntukan RMK-12 kepada negeri Pulau Pinang pada 20 November 2020 di ibu negara dan terkini pada 19 Julai lalu.

 

“Walaupun tidak diluluskan (pada peringkat Persekutuan) kerajaan negeri tetap tidak berputus asa menyenaraikannya setiap tahun dan projek ini sedang melalui latihan Pra-Kelayakan yang merupakan peringkat pertama Permintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi projek LRT berkenaan.

 

“Perkara ini adalah selepas jaminan pinjaman yang telah diberikan sebelum ini ditolak oleh Kabinet. Malah, sebanyak tiga kali Kementerian Kewangan menolak permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan pinjaman serta jaminan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek LRT walaupun projek ini begitu penting terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang,” katanya.

No Comments

Post A Comment

error: Content is protected !!