Latest News
PTMP Map
PSI
 

PSI akan diluluskan jika penuhi syarat ketat EIA

PSI akan diluluskan jika penuhi syarat ketat EIA

Published by BeritaRtm • 12/3/2023

BATU KAWAN, 12 Mac – Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) hanya akan diluluskan jika memenuhi syarat ketat Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)

 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keputusan Jabatan Alam sekitar (JAS) yang menolak laporan EIA bagi PSI sebelum ini membuktikan projek itu tidak mendapat layanan khas walaupun disokong kerajaan negeri Pulau Pinang.GEORGE TOWN – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memuji usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan subsidi tahunan kira-kira RM13 juta untuk menggalakkan penduduk lokal dan pengembara antarabangsa menggunakan perkhidmatan bas awam percuma di laluan terpilih sekitar negeri ini.

(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad / FOTO BERNAMA)

“Seperti yang kita tahu, laporan EIA projek PSI ini telah dihantar pada 2018/2019 yang mana ia lulus ketika itu namun selepas rayuan dibuat oleh beberapa pihak ia telah dibatalkan. Susulan daripada itu, kerajaan negeri telah beberapa kali menghantar semula laporan EIA kepada JAS untuk dinilai.

 

“Oleh itu, ia perlu melalui proses-proses kerana setiap projek tambakan memang ada risiko. Sebab itu proses kelulusan laporan EIA tersebut perlu dibuat dengan amat teliti kerana kita mahu memastikan kesan kepada alam sekitar itu dapat dimitigasikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Alam Kita 2023 di Stadium Batu Kawan, di sini.

 

Sebelum ini, Nik Nazmi pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat berkata laporan EIA bagi PSI masih belum diluluskan setakat ini dan dalam proses penilaian JAS.

 

Beliau berkata, sebarang isu berbangkit atau penemuan yang dikenal pasti semasa menilai laporan EIA itu akan dikemukakan kepada penggerak projek serta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang sebagai pihak berkuasa melulus projek itu.

 

Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.

 

Projek tersebut yang mula diperkenalkan pada 2015 merupakan modul pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion selepas SRS Consortium dilantik sebagai PDP untuk PTMP pada 14 Ogos 2015.

 

Bagaimanapun, banyak pihak termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Sahabat Alam Malaysia dan Persatuan Nelayan Pulau Pinang telah menentang projek tersebut kerana didakwa akan merosakkan alam sekitar di samping ekosistem hidupan laut.

No Comments

Post A Comment

error: Content is protected !!