Latest News
PTMP Map
PSI
 

Projek tambak laut PSR dijangka bermula Mei, Jun

Projek tambak laut PSR dijangka bermula Mei, Jun

Diterbitkan oleh Buletin Mutiara • 13/08/2021

Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman- Gambar fail

GEORGE TOWN, 11 April — Kerajaan Pulau Pinang tetap akan melaksanakan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) yang dijangka bermula pada hujung Mei atau awal Jun ini.

 

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata kerja-kerja tambakan akan dimulakan sebaik projek tersebut mendapat kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang dijangkakan pada Mei.

 

“Jabatan Alam Sekitar mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan mereka profesional dalam kerja mereka. Tidak ada sebab untuk kita buat spekulasi (EMP itu akan ditolak),” katanya pada satu sidang media selepas meninjau tapak tambakan Pulau A di sini hari ini.

 

Beliau berkata lawatan hari ini merangkumi tiga titik di sekeliling Pulau A, iaitu tempat di mana kerja tambakan akan dimulakan, lokasi hujung paling selatan dan hujung
sebelah barat pulau tersebut.

 

Di bawah projek PSR, kerajaan negeri mencadangkan projek pembangunan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar termasuk pembinaan tiga pulau buatan di kawasan selatan Pulau Pinang dari perairan Permatang Damar Laut ke Gertak Sanggul.

 

— BERNAMA

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!