Latest News
PTMP Map
PSI
 

Projek PSI ubah kehidupan penduduk setempat

Projek PSI ubah kehidupan penduduk setempat

Diterbitkan oleh Sinar Harian • 13/08/2021

Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan dilihat mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk generasi muda di Teluk Kumbar. Gambar kecil: NUR ADAM

PULAU PINANG – Tiga generasi keluarganya menyara kehidupan sebagai nelayan di Teluk Kumbar, selatan Pulau Pinang.

 

Sebagai nelayan muda yang membesar di sini, Nur Adam Anuar, 23, mempunyai sisi pandang berbeza mengenai projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI).

 

Pelbagai pengalaman pahit dan manis membantu datuknya, Idris Ismail, 66, di laut sejak berumur 14 tahun masih kekal dalam memori.

 

“Antara pengalaman pahit yang masih saya ingat adalah kami bangun pada tengah malam untuk menyiapkan peralatan menangkap ikan dan bot. Sepanjang malam kami bersengkang mata, menunggu arus dan cuaca baik di pondok sebelum bergerak.

 

“Perkara paling menakutkan sebagai nelayan adalah apabila terperangkap dalam ribut di tengah lautan. Kami mempunyai pengalaman seperti itu ketika saya berumur 18 tahun,” ujarnya mengimbas kisah lalu.

 

Ujarnya, bot yang dinaiki dihempap ombak kuat sehingga hampir terbelah dua. Hujan yang terlalu lebat menyukarkan penglihatan mengesan garis pantai.

 

“Dalam kesukaran itu, syukur, kami akhirnya berjaya juga mencari jalan pulang,” ceritanya.

 

Meskipun pengalaman itu meninggalkan trauma yang mendalam kepada Nur Adam dan datuknya, namun kehidupan sebagai nelayan perlu diteruskan demi kelangsungan hidup.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.