Latest News
PTMP Map
PSI
 

Projek LRT, Pulau Silikon bakal tarik pelaburan ke Pulau Pinang

Projek LRT, Pulau Silikon bakal tarik pelaburan ke Pulau Pinang

Published by Berita Harian• 13/11/2023

Gambar hiasan. Jambatan Pulau Pinang. – NSTP/DANIAL SAAD

KUALA LUMPUR: Projek infrastruktur berskala mega seperti projek transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas dan projek Pulau Silikon dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) akan menjadi pemangkin baharu meningkatkan daya tarikan Pulau Pinang dalam pelancongan serta pelaburan langsung asing (FDI).

 

Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd, Wong Chew Hann, berkata beberapa projek infrastruktur utama seperti peluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), yang kapasiti pengendalian hampir dua kali ganda serta LRT Bayan Lepas yang menghubungkan pulau ke tanah besar dan Pulau Silikon bukan saja mewujudkan potensi besar untuk menarik FDI tetapi turut mewujudkan pekerjaan.

 

Beliau berkata, di samping itu, jambatan ketiga dibina di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dijangka akan turut dilaksanakan.

 

“Kami percaya projek yang sedang dalam pembinaan dan akan dibina membantu Pulau Pinang untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan jangka panjangnya dengan menarik FDI yang disasarkan berpusat di sekitar pembuatan berteknologi tinggi,” katanya dalam satu nota penyelidikannya hari ini.

 

Seorang lagi penganalisis, Wong Wei Sum pula berkata, projek LRT Bayan Lepas akan menjadi pemboleh ubah kepada pasaran hartanah Pulau Pinang.

 

Beliau berkata, bagi membiayai sebahagian projek, pembangunan berorientasikan transit (TOD) berkemungkinan besar akan diperkenalkan.

 

Katanya, ia dijangkakan boleh menerima sambutan yang luar biasa, menjadikannya ruang yang menarik.

 

“Selain itu, Pulau Silikon, , The Light Waterfront Phase 2 dan Andaman Island mempunyai potensi untuk mentakrifkan semula dinamik masa depan sektor hartanah di negeri itu,” katanya.

 

“Taman industri baharu pula, Pulau Pinang masih mempunyai BCTP, BKIP2 dan BKIP3 untuk dibangunkan.

 

“Taman perindustrian di Kerian, Perak yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024, tidak mungkin memberi impak kepada permintaan untuk tanah perindustrian Pulau Pinang ketika ini,” katanya.

No Comments

Post A Comment