Latest News
PTMP Map
PSI
 

PM: RM10 bilion bina projek LRT P Pinang

PM: RM10 bilion bina projek LRT P Pinang

Published by Free Malaysia Today• 13/10/2023

Projek LRT menghubungkan pulau dengan Seberang Perai dilaksana dengan kaedah kerjasama awam dan swasta.

Gambaran artis terhadap LRT Pulau Pinang yang menghubungkan Bayan Lepas ke Tanjung Bungah melalui George Town dan dilanjutkan ke Seberang Perai.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata projek LRT di Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai RM10 bilion akan dilaksanakan mengikut kaedah kerjasama awam swasta (PPP).

 

Membentangkan Belanjawan 2024, beliau yang juga menteri kewangan berkata projek LRT itu menghubungkan pulau dengan Seberai Perai.

 

“Anggaran awal LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai seperti dirancang kerajaan negeri berjumlah RM10 bilion menurut kaedah kerjasama awam-swasta,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Januari lalu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedang menunggu untuk membincangkan cadangan hubungan LRT George TownButterworth dengan Anwar dan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

 

Beliau dipetik Buletin Mutiara milik kerajaan negeri berkata, cadangan projek itu adalah lanjutan kepada projek LRT Pulau Pinang dan menghubungkan laluan KTMB dari Butterworth ke Bayan Lepas.

 

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini iaitu stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

 

“Pengekalan stesen-stesen ini dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang yang bakal memanfaatkan 2 juta penduduk dengan kos sebanyak RM4.7 bilion,” kata Anwar.

No Comments

Post A Comment

error: Content is protected !!