Latest News
PTMP Map
PSI
 

Kjaan P. Pinang lanjutkan prakelayakan projek LRTsehingga 7 Okt

Kjaan P. Pinang lanjutkan prakelayakan projek LRTsehingga 7 Okt

Published by Bernama • 11/08/2022

Kerajaan Pulau Pinang melanjutkan peringkat prakelayakan projek LRT Bayan Lepas dari24 Ogos hingga 7 Okt depan bagi membolehkan lebih banyak syarikat berminat untukmendaftar, kata Zairil Khir Johari. – Gambar fail

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang melanjutkan peringkat prakelayakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas dari 24 Ogos hingga 7 Okt depan bagi membolehkan lebih banyak syarikat berminat untuk mendaftar.

 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, sambutan yang baik diterima daripada syarikat tempatan dan antarabangsa dalam peringkat prakelayakan projek ini.

 

“Pelanjutan tempoh ini bertujuan memberi mereka lebih masa untuk menyediakan dokumen yang diperlukan seperti surat sokongan daripada bank, dan membentuk usaha sama (
Joint Venture ) dengan syarikat tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Menurutnya, kerajaan negeri telah menerima permintaan daripada lebih 10 syarikat termasuk beberapa firma antarabangsa dari Eropah dan Asia yang pakar dalam pembinaan landasan keretapi, memohon agar tempoh pengemukaan dokumen prakelayakan dilanjutkan.

Zairil berkata, sehingga 8 Ogos lepas, lebih 40 syarikat tempatan dan antarabangsa telah mendaftar, membeli dan memuat turun dokumen prakelayakan dari laman web Penang Infrastructure Corporation (PIC).

 

Katanya, syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen prakelayakan mereka tidak lewat daripada pukul 12 tengah hari pada 7 Okt nanti.

 

Pada 20 Julai lepas, Kerajaan Pulau Pinang telah memulakan peringkat prakelayakan pelaksanaan komponen LRT Bayan Lepas bagi membolehkan syarikat berminat mengemukakan maklumat masing-masing berhubung pelaksanaan projek tersebut.

 

Komponen LRT Bayan Lepas adalah satu daripada komponen utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan komponen ini adalah strategi jangka panjang untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.

 

Kerajaan negeri menyasar untuk memulakan pembinaan jajaran LRT yang menghubungkan Komtar dan Bayan Lepas, pada tahun depan. – BERNAMA

No Comments

Post A Comment

error: Content is protected !!