Latest News
PTMP Map
PSI
 

Kerja-kerja tambak laut selatan Pulau Pinang bermula 1 Julai

Kerja-kerja tambak laut selatan Pulau Pinang bermula 1 Julai

Published by Malaysia Kini • 23/6/2023

Kerja-kerja projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di Pulau Pinang akan dimulakan pada 1 Julai, menurut Gamuda Bhd.

 

Berdasarkan pengumuman kepada Bursa Malaysia, Fasa 1 projek itu, bernilai RM3.7 bilion untuk penciptaan pulau seluas 2,300 ekar, dijadualkan siap pada 30 Jun 2030.

 

Gamuda merupakan pemilik majoriti SRS Consortium Sdn Bhd, yang menjalankan kerja-kerja penambakan PSI.

 

Projek itu akan membentuk semula selatan pulau Pulau Pinang dan dikatakan mengancam sumber rezeki nelayan di kawasan itu.

 

Berikutan bantahan terhadap projek itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membenarkannya diteruskan dengan syarat ia dikecilkan kepada projek satu pulau saja, turun daripada tiga.

 

Anwar menjelaskan projek itu diperlukan untuk membantu ekonomi berkembang dan membiayai projek LRT Pulau Pinang.

 

Selepas beberapa tahun tertangguh, Putrajaya akhirnya meluluskan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) untuk projek itu pada Mei lalu.

 

Bagaimanapun, pengkritik berpendapat bahawa EIA baru diperlukan sekarang memandangkan terdapat cadangan baru mengecilkan projek itu.

No Comments

Post A Comment

error: Content is protected !!