Latest News
PTMP Map
PSI
 

Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp siap awal 2024

Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp siap awal 2024

Published by Berita Harian• 21/11/2023

Projek LRT Pulau Pinang – Gambar hiasan

GEORGE TOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri, Zairil Khir Johari, berkata kajian yang dijangka siap awal tahun depan itu akan memberi lebih banyak perincian terhdap projek LRT Pulau Pinang. “Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan,” katanya.

 

Beliau menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Bukit Tengah) yang ingin tahu butiran dan skop terperinci projek LRT Pulau Pinang pada Persidangan DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.

 

Menurut Zairil, projek berkenaan sedang dalam peringkat menunggu keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan dan perincian teknikal, iaitu dari segi jajaran dan lokasi stesen LRT.

 

Beliau berkata bahawa perincian kos, kaedah pelaksanaan serta tarikh permulaan projek juga bergantung kepada keputusan pihak MOT.

 

Pihak kerajaan negeri, katanya komited untuk memperkasakan pengangkutan awam menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

 

“Justeru, pengumuman peruntukan bagi pelaksanaan Projek LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai oleh kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 bilion adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang dari segi liputan pengangkutan awam, perkhidmatan dan hubungan antara kawasan kejiranan serta menjadi pemangkin ekonomi negeri,” katanya.

No Comments

Post A Comment

error: Content is protected !!