“Semua maklumat yang dipaparkan dalam Portal Rasmi Penang Infrastructure Corporation (PIC) (‘Portal ini’) bertujuan untuk pengetahuan dan maklumat am sahaja. Maklumat yang dipaparkan boleh berubah dan mungkin menjadi tidak tepat selepas tarikh muat naik.
Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung di dalam Portal ini, tiada waranti secara nyata atau tersirat diberikan oleh PIC dan mana-mana kakitangan atau ejennya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan PIC dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. PIC dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak dalam mana-mana keadaan akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi apa sahaja ganti rugi, termasuk tanpa had, ganti rugi khas, ganti rugi tidak langsung atau ganti rugi berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalam Portal ini, sama ada dalam satu tindakan dalam kontrak, tort atau dengan cara apa sekalipun selainnya.
Di samping itu, PIC juga tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang anda tanggung, termasuk kerosakan perisian atau peralatan, akibat penggunaan atau akses anda kepada Portal ini.”