Latest News
PTMP Map
PSI
 

Pulau Pinang makin besar

Pulau Pinang makin besar

Published by Kosmo • 27/03/2021 • 09:15am

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menghubungkan Bayan Lepas dengan tanah besar di Seberang Perai, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Keluasan tanah di kawasan pulau di ne geri ini dijangkakan bertambah kira-kira 10 peratus menjelang tahun 2030 menerusi beberapa siri tebus guna tanah atau tambakan laut termasuk projek pembinaan lima pulau buatan.

 

Berdasarkan data jurnal Global Ecology and Conservation, aktiviti tambakan laut di pulau ini bermula sekitar tahun 1960 dengan pertambahan keluasan 0.4 kilometer (km) persegi sebelum melonjak kepada keluasan 9.5 km persegi atau 3.2 peratus pada 2015.

 

Pertambahan keluasan ta nah Pulau Pinang bagaimanapun diteruskan dan semakin pantas dengan beberapa projek tambakan laut seiring pembangunan dan pertambahan penduduk dalam tempoh 2017 sehingga 2030.

 

Projek tambakan itu me rangkumi pembinaan dua pulau buatan seluas kira-kira 3.07 km persegi menerusi projek swasta, Seri Tanjung Pinang (STP) Fasa 2 di Tanjung Pinang di sini.

 

Projek itu turut merangkumi taman awam seluas kira-kira 0.53 km persegi di atas kawasan tambakan berdekatan Persiaran Gurney dikenali Gurney Wharf.

 

Sementara itu, pembinaan tiga buah pulau buatan menerusi Projek Tambakan Laut Bahagian Selatan Pulau Pinang (PSR) yang bermula awal April depan melibatkan keluasan kira-kira 18.21 km persegi di kawasan perairan Teluk Kumbar dekat Bayan Lepas.

 

PSR yang dijangka siap dalam tempoh 15 hingga 20 tahun merupakan projek mega di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang merangkumi stesen-stesen dan depoh transit aliran ringan (LRT), guna tanah perumahan, industri, komersial dan rekreasi.

KERJA-KERJA menambak laut yang tidak mengikut syarat dan peraturan bakal memberi kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.

Memetik laporan jurnal berkenaan, keluasan pulau ini dijangka bertambah menjadi 321.8km persegi menje lang 2030 berbanding 290.6 km persegi pada 1960. Ini bermakna, keluasan tanah negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara itu bertambah sebanyak 10 peratus iaitu merangkumi kawasan tambakan seluas kira-kira 32.3 km persegi hanya dalam tempoh 70 tahun.

 

Menurut Jabatan Perangkaan, keluasan semasa pulau ketika ini adalah kira-kira 301.26km persegi.

 

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman berkata, projek tebus guna tanah di negeri itu perlu dilakukan memandangkan tiada lagi ruang tanah yang mencukupi untuk dibangunkan di kawasan pulau.

 

“Kerajaan negeri mempunyai polisi ketat yang menghalang pembangunan di kawasan bukit dan kira-kira 50 peratus kawasan di bahagian pulau di litupi dengan bukit dan tidak boleh dibangunkan.

 

“Kawasan rendah pula telah tepu dengan pembangunan dan yang tinggal hanyalah kawasan laut yang berpotensi untuk pembangunan (tambakan).

 

“Pembangunan (baharu) juga tidak boleh dibawa ke Seberang Perai kerana (kerajaan) tidak mahu mengganggu kawasan pertanian dan sawah padi selain banyak pembangunan baharu industri di Batu Kawan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini baru-baru ini.

 

Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030, jumlah penduduk di ne geri ini diunjurkan seramai 2.29 juta orang menjelang 2030 berbanding kira-kira 1.53 juta pada 2010.

 

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, setiap pembangunan di pulau ini terutamanya projek tambakan laut seperti PSR tidak dibuat secara semberono, sebaliknya dengan kajian dan perancangan ketat.

 

“Kerajaan komited dan patuh kepada syarat terutamanya Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dalam Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), malah kita akan lakukan lebih daripada yang disyaratkan.

 

“Apabila bercakap soal tambakan laut, kita tidak sangkal bahawa nelayan pantai di kawasan berkenaan terjejas, tetapi kerajaan memberi tumpuan dalam merancang alternatif untuk membantu,” katanya lagi.

 

Menurut beliau, PSR yang dijangka selesai dalam tempoh 25 tahun bakal memberi manfaat dengan mewujudkan 300,000 peluang pekerjaan baharu.

 

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menghubungkan Bayan Lepas dengan tanah besar di Seberang Perai, Pulau Pinang.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!