Latest News
PTMP Map
PSI
 

PTMP: Projek pertama bakal bermula

PTMP: Projek pertama bakal bermula

Ahli-ahli Lembaga Pengarah CZC, Tan Sri Datuk Dr Khor Eng Chuen (dua dari kanan)

menyerahkan perjanjian yang ditandatangani kepada Kon Yeow pada

Dijangka siap pada 3 Januari 2025 dan akan memanfaatkan penduduk Pulau Pinang dari segi pengurangan tempoh masa perjalanan.

 

GEORGETOWN: Kerja-kerja pem- binaan laluan pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dengan jarak sepanjang enam kilometer akan bermula 1 Februari ini.

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pelak-sanaan pembinaan jalan pintasan (bypass) itu dijangka siap pada 3 Januari 2025 dan akan memanfaatkan penduduk Pulau Pinang dari segi pengurangan tempoh masa perjalanan.

 

“Ini merupakan projek pertama yang dimulakan di bawah PTMP dan dilihat sebagai satu milestone achievement yang penting dalam usaha meneruskan pelaksanaan Projek Tiga Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut bagi meleraikan trafik dan mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

 

Terdahulu, Kon Yeow telah menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Supplemental Agreement kepada Sub-Agreement Pakej 2 Jalan Pintasan Dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam di antara kerajaan Pulau Pinang dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) di sini.

 

Beliau berkata, dengan perjanjian itu, CZC akan memulakan kerja pembinaan pada 1 Februari yang bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya di samping bertindak sebagai kaedah penyelesaian jangka masa panjang. PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos keseluruhan dianggarkan RM46 bilion merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

 

Selain pakej 2, terdapat tiga lagi pakej di bawah PTMP iaitu pakej 1 melibatkan pembinaan lebuh raya menghubungkan jalan pesisir pantai utara Tanjung Bungah-Teluk Bahang, pakej 3 menghubungkan Jalan Pangkor-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu manakala pakej 4 merupakan projek terowong dasar laut.

 

– Bernama

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!