Latest News
PTMP Map
PSI
 

P.Pinang pertimbang pembiayaan hijau untuk projek PSR

P.Pinang pertimbang pembiayaan hijau untuk projek PSR

Published by Bernama • 26/11/2021 • 02:37 pm

Gambar fail Bernama

GEORGE TOWN, 26 Nov — Kerajaan Pulau Pinang akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan hijau untuk mendapatkan pembiayaan bagi pelaksanaan projek tambak laut di perairan selatan negeri itu (PSR).

 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Zairil Khir Johari berkata kelebihan dalam membangunkan kawasan ‘greenfield’ adalah kerajaan negeri dapat memenuhi segala keperluan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam reka bentuk projek tersebut.

 

“Cadangan pembiayaan hijau adalah amat baik. Kerajaan negeri akan menganjurkan satu bengkel berkaitan perkara ini pada 4 Dis ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

 

Beliau menjawab soalan lisan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubok) yang ingin tahu mengenai pembiayaan projek PSR tersebut.

 

Zairil (DAP-Tanjong Bungah) berkata sekiranya pelaksanaan projek PSR tertangguh atau terbatal, ia akan menjejaskan reputasi Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negeri pada masa depan.

 

Menurutnya ketiadaan tapak industri seperti Green Tech Park bagi perkembangan industri berteknologi tinggi masa depan bermakna Pulau Pinang akan kehilangan peluang untuk menarik pelaburan bernilai berpuluh bilion ringgit.

 

Katanya setakat 31 Okt lepas, pihak kerajaan telah bertemu dengan 13,957 penduduk di kawasan tersebut melalui sesi pendengaran awam yang masih diteruskan dengan sebilangan besar yang ditemui boleh menerima projek PSR sekiranya ia tidak mendatangkan impak negatif yang besar terhadap komuniti nelayan serta alam sekitar.

 

— BERNAMA

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!