Latest News
PTMP Map
PSI
 

Mengenai PIC

Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC)

Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC) yang diperbadankan pada 9 Julai 2020 adalah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menerajui pelaksanaan Penang South Island (PSI) dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

 

Untuk memastikan Pulau Pinang membangun sebagai sebuah negeri yang terkemuka, visi PIC adalah untuk membina pembangunan dan infrastruktur pengangkutan yang berdaya tahan khususnya Silicon Island dan komponen-komponen PTMP yang sedang dilaksanakan iaitu Lebuh Raya Pan Island Link 2A dan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (Pakej 2).

 

Ahli Lembaga Pengarah PIC termasuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri I YB Dato’ Dr Mohamad Bin Abdul Hamid, Setiausaha Negeri YB Dato’ Hj. Rosli Bin Isa, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital YB Zairil Khir Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus YB Joshua Woo, Ketua Pegawai Eksekutif PIC Dato Seri Hj. Farizan bin Darus, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Seri Hj. Ahmad bin Ismail, dan pengarah Byggmax Sdn Bhd Tuan Mohd Saifullah bin Abdul Nasir.

 

Penambakan Silicon Island kini dilaksanakan oleh syarikat pemaju Silicon Island Development Sdn Bhd. Anak syarikat
PIC iaitu PIC PD Sdn Bhd memegang 30% pemilikan syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki SRS PD Sdn Bhd.

penang-infrastructure-corporation-logo
pic-CEO

Ketua Pegawai Eksekutif PIC

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Seri Farizan Bin Darus yang mempunyai pengalaman 36 tahun dalam perkhidmatan awam adalah Ketua Pegawai Eksekutif PIC yang memimpin operasi PIC.

Lembaga Pengarah

Pengerusi
YAB Chow Kon Yeow

YB Dato’ Dr Mohamad Bin Abdul Hamid

YB Dato’ Hj. Zulkifli Bin Long

YB Zairil Khir Johari

YB Joshua Woo Sze Zeng

Datuk Seri Hj. Ahmad bin Ismail

Ketua Pegawai Eksekutif PIC
Dato Seri Hj. Farizan bin Darus