01 Jan 30 keluarga nelayan berhampiran kawasan PSR terima sumbangan sempena Krismas
Published by Buletin Mutiara• 01/01/2022
BAYAN LEPAS – Sebanyak 30 keluarga nelayan yang beroperasi di kawasane berhampiran tapak Projek Tambakan Selatan Pulau Pulau Pinang (PSR) menerima sumbangan berbentuk hamper daripada Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) sempena perayaan Hari Krismas.
Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation (PIC) Sdn. Bhd, Dato’ Seri Farizan Darus berkata bahawa semua penerima sumbangan tersebut adalah mereka yang dikenal pasti oleh Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar.
Salah seorang nelayan menerima sumbangan hamper.
Katanya lagi, PPSN sentiasa memghulurkan sumbangan hamper yang mengandungi barangan makanan kepada keluarga nelayan yang telah dikenal pasti pada setiap kali musim perayaan.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan PPSN di kawasan Pulau Pinang Selatan pada tahun 2016 dan sejak itu, pegawai informasi telah mendampingi komuniti nelayan untuk mengenal pasti keperluan mereka dan harapan mereka daripada pembangunan Penang South Island (PSI).
Penerima sumbangan adalah terdiri daripada mereka yang telah dikenal pasti oleh PPSN.
“PPSN berharap sumbangan hamper telah menambahkan kemeriahan sambutan Krismas dan membantu para penerima menjimatkan perbelanjaan keluarga pada musim perayaan,” katanya semasa berucap pada program Sambutan Krismas Bersama Nelayan-nelayan Kawasan PSI dekat sini pada 23 Disember lalu.
Tambah Farizan, pemberian sumbangan oleh PPSN pada setiap musim perayaan adalah untuk memupuk semangat perpaduan serta hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama, selain membantu nelayan yanb menghadapi kesempitan hidup.
“PPSN adalah pusat sehenti yang menyampaikan maklumat sahih mengenai projek PSI yang dipelopori Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
“Selain memainkan peranan sebagai pengantara antara Kerajaan Negeri dan rakyat yang membantu pentadbiran mengenal pasti dan menangani isu yang dihadapi nelayan di Pulau Pinang Selatan, PPSN juga menganjurkan program sosial yang memanfaatkan masyarakat setempat,” ujarnya lagi.
Sebagai rekod, PPSN kini beroperasi di dua lokasi iaitu di Permatang Damar Laut dekat Gertak Sanggul dan yang terbaru adalah di Sungai Batu.
Sorry, the comment form is closed at this time.