Latest News
PTMP Map
PSI
 

Tambak laut tak jejas keselamatan negara

Tambak laut tak jejas keselamatan negara

Diterbitkan oleh BHarian • 30/11/2021• 12:10 pm

Pesawat tempur F/A-18D Hornet TUDM di luar Pangkalan Udara TUDM Butterworth. – Foto hiasan NSTP/DANIAL SAAD

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, bagi memastikan rancangan tambakan laut tidak menjejaskan keselamatan negara.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, berkata pihaknya memberikan perhatian yang serius kepada aspek rahsia ketenteraan Malaysia semasa pelaksanaan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) dan di Bagan Ajam, Butterworth.

 

“Kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat cadangan pelan induk projek ini yang turut dihadiri pihak TUDM dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu keselamatan, tanah dan sebagainya kerana kita sedar, pangkalan TUDM berdekatan kawasan itu.

 

“Keselamatan negara tidak akan dikompromi dan perbincangan ini masih berterusan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Muhamad Yusoff (BN-Sungai Dua) yang bimbang projek pembangunan bercampur tambakan Bagan Ajam akan mendedahkan rahsia ketenteraan Malaysia.

 

Jagdeep berkata, semua komponen yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan, termasuk rumah mampu milik akan disediakan memandangkan itu projek bercampur. – BERNAMA

Kerajaan Pulau Pinang sedang memperhalusi langkah mitigasi dan pampasan, susulan Projek Tambakan Laut Perairan Selatan Pulau Pinang (PSR). – Foto hiasan

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

error: Content is protected !!